January 1, 2012

Al-Fatihah Ibu Mertuaku

Salam 2012,

Sudah satu minggu kejadian itu. Kejadian yang setiap orang akan alami. Satu kejadian yang maha hebat. Kejadian di mana kita kembali kepada penciptanya.

Entah kenapa perasaan ini mahu EL di kala itu. Ya, Tuhan itu maha hebat. Dia yang menentukan segalanya. Malam sebelum kejadian saye lihat wajahnya sugul, tak bermaya, lesu. Bila ditanya dia berkata sakit urat. Saye andaikan mungkin sakit akibat proses chemotherapy.

Aaahh… Ketika entri ini ditulis. Saye tidak dapat menahan sebak didada. Kerongkong ini serasa seperti saye menelan seketul batu yang amat besar. Sakit.

Tuhan, Dikau maha hebat. Dikau maha berkuasa. Dikau yang menghidupkan dan Dikau juga yang mematikan. Sakit mama itu hanya alasan bukan? Yang pasti ajalnya sudah sampai. Masanya sudah tiba. Tiada siapa yang mampu menahan kuasa Mu, Tuhan.

Siapa sangka tahun 2011 yang dimulakan dengan kelahiran cucu cucu cucu. Annurzara Qaireen Afreena, Annas Muaimin dan Qayzer Adam Munawar. Dan saye, baru beberapa hari meraikan hari kelahiran En. Suami. Gembiranya tatkala itu. Dan tiada siapa jua menduga tanggal 28 Disember 2011, mama pergi. Pergi untuk selamanya. Pergi meninggalkan urusan dunia.

Kami tak mungkin dapat makan masakannya yang sedap. Ya, itu kuasa air tangan saye kira. Sempat juga saye belajar resepi keluarga Ayam Golek. Hanya ayam golek.

Mama, tenanglah dikau disana. Kami disini akan senantiasa merindumu. Al-Fatihah Ibu Mertuaku…