June 21, 2016

Adam dan Teacher Agelin

Salam Ramadhan,

Tanggal 25hb Mei yang lalu iaitu sehari sebelum saya memulakan tugas setelah bercuti panjang selama 3 bulan, Adam dan Teacher Adlin (sebutan adam ‘teacher agelin’) telah berjalan² ke Aquaria, KLCC. Memang Adam dah banyak kali mengajak ke KLCC. Mahu tengok dinosour katanya. Jadi, permintaan Teacher Adlin untuk bawak Adam jalan² ibarat mengantok disorongkan bantal.

Terima kasih Teacher Adlin :-)

PhotoGrid_1466515311599

Adam dan Teacher Adlin

Adam dan Teacher Adlin

Posted via Huawei Mate 8

June 6, 2016

Ramadhan Mubarak

Salam,

Wah! Sudah bersawang blog ini. Hampir 3 tahun tidak membelek². Tidak menulis di sini. Anak pun sudah 3 haha!

Ye… Ramadhan menjengah lagi. Alhamdulillah…

Hari ini di whatsapp group LC banyak parents yang bercerita tentang anak² mereka yang bangun bersahur sambil pejam mata :-) . Ye Sara pun begitu. Bangun sahur. Makan dalam 5 suap. Minum susu coklat. Tido semula. Kalau tak dapat puasa 1 hari, setengah hari pun mommy dah cukup excited :-p Good luck my dear Sara.

Pagi ini mommy ke hospital KPJ Tawakal bersama anak yang bongsu (eh! eh!). Kami berdua saje. Mahu mendapatkan vaksin 6 serangkai untuk kali kedua. Ya… Aurora Qistina Munawar sudah 3 bulan lebih usianya. Alhamdulillah… Semakin sehat dan bambam. Next entrylah saya cerita pasal Aurora.

Untuk entry ini saya mahu mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak. Moga kita semua diberikan keselesaan untuk menunaikan Rukun Islam ke-3. Ameen…

Posted via Huawei Mate 8