August 1, 2012

Kau yang bernama… SERI

Seri,

Saye yang bagi nama itu… Sedap tak? Seri SapphireViv. Hari ni genab 4 tahun 6 bulan 24 hari Seri bersama saye. Dan hari ini juga saye akan tinggalkan Seri. Tinggalkan untuk selamanya… Maafkan saye Seri… Awak tetap kereta pertama saye :-)

Dulu Seri yang temankan saye dating… Dulu jugak Seri yang bawak mak pegi pasar beli barang-barang untuk jualan… (Dulukan mak business women). Dulu Seri jugak yang bawak saye hari-hari pegi mencari rezeki, jalan-jalan, makan angin, tengok lampu… hmmm apakah? Sampai laa status saye bertukar dari single ke married. Dari cik ke puan. Dari Ujie ke Mommy.

Seri… Seri… Seri… dan Seri… Sebab tu awak memang berseri-seri kat mata saye :-)

Seri memang pandai… dua tiga hari ni merajuknya memang kuat. Enjin tak leh start lah… Kunci masuk lubang dashboard handbreak lah… Hmmm… Seri… Seri…

Jangan notty yea… Lepas ni Seri dah tak jumpe Bob Kenary. Semua barang-barang Seri saye bagi Bob Kenary. Itu je la peninggalan yang ada. Tapi Seri akan kekal di dalam kotak memori saye…

Selamat tinggal BJT 8792 aka Seri SapphireViv aka Loktaraliz… 8 Januari 2008 – 1 Ogos 2012.

BJT - Budak Jahat Tercantik

Loktar - support AMMA main WoW... Aliz - nama saye version terbalik

Nama saye di hati Seri

January 8, 2009

Surat untuk Rozie Sarip

Offer letter

Offer letter

Zie,

Ko nak pegi dah… Sampai hati ko meninggalkan kawan-kawan ko kat sini… :-( Camane dengan aku?? Camane dengan Sal?? Kitorang nak kawen nih… Ko kena ada time kitorang kawen… Aku tak pedulik!!!! Zie, baliiikkkk!!!!

Zie,

Aku nak wish congrats la kat ko… Tapi aku terkilan sebab ko tolak Oxford Uni… Dr. Fadzilah Hanim tau confirm dia hangin… Tapi takpe Uni College London pon ok jugak… Apa course ko amik??? Chemistry ye… Baguih la tuh… Pasni aku dan kawan-kawan tak leh nak panggil ko Rozie lagi… Tapi kena panggil Dr. Rozie… 8-O

Zie,

Aku nak bagi nasihat sikit nih… RM744,800.00 yang MARA bagi tuh… ko guna dengan sebaik-baiknye (cewah!!!)… Jangan pulak ko shopping cam sekarang nih (Giler makcik ni kalau shopping!!!)

Zie,

Sal dengan aku dah plan something untuk ko sebelum ko pegi awal February ni… Plus menyambut birthday aku la… 8-) So, ko kena ready dari segi mental dan fizikal… rohani dan jasmani…

Zie,

Ok la… jagalah dirimu di rantau orang… :cry: Jangan pulak pasni aku nampak gambar bogel ko tersiar di mana-mana… Jangan malukan aku wei…

Aku saksi dan ko nak blah pulak!!!

Aku saksi dan ko nak blah pulak!!!


{picture at Restoran Azira, S.A. – photo by yisuzy & Sally; model: nokia n73me}

July 25, 2008

Good Bye Practical Students

Hi,

Today… last day… wave goodbye… final semester… practical in 2 months at U*M… 2 sweet girls… 1 hensem boy… bloggers… like them… very friendly… thank you for the memories… smile… present… will meet once again… do it urself – the sourvenir – bindery… sad…

visit veterinary library… stair… risky… horse… shit… candid pictures… visit medic library… dead body… gerontology… nasik lemak… feeling hunger… best!… sayonara…

Adios!!
{picture at foyer; photo by yisuzy, model: nokia n73me}

March 30, 2007

Akhirnyer… Aku Mengundur Diri…

Hari ini 30hb March 2007 genaplah usiaku 9 bulan di Perdana Leadership Foundation..
Bermula dengan seorang student praktikal kemudian di angkat sebagai Librarian Volunteer (Indexer). Pelbagai kenangan manis dapat saya kutip.
Inilah sebuah kehidupan… Terima kasih kepada semua warga PLF…
Kenangan bersama kalian tidak dapat dilupakan
p/s: Sori ade gambar lain sebenornyer tapi tak dan nak upload… Next time ye ;-) Sori mama maria, xde gambar miss u a lot.

{picture at PLF – photo by Murz (agaknye la) & huda, model: unknown ; edit by yisuzy}

February 16, 2007

Perginya Seorang Amien07…

amin.JPG

Mohd. Aminuddin b. Mat Jidin…….

Inilah dia orangnyer yang akan pergi meninggalkan Perdana Leadership Foundation (PLF) yang merangkap Biro Kerohanian KLFC. Dia akan menamatkan perkhidmatan sebagai fulltime Indexing dan akan pergi berjuang mencari rezeki di Islamic Intergrated School, Kota Damansara. Title ape kat sane aku pun tak pasti tapi mungkin akan jadi cikgu la kot. So, aku nak mohon maaf la kat ko amin kalau selama 6 tahun kiter kawan ni ade la yang buat ko sakit ati kat aku dari UiTM Machang – UiTM Puncak Perdana (biaselah aku pun ade sakit ati jugak kat ko hehhehehh….). Ape2 pun kiter still kawan macam dulu, kini dan selamanya… Hope ko cepat dapat duit nak minang YANTI…. :-)

Marilah kiter bersama-sama menyanyi untuk AMIEN da RAPTOR…

Di sini
Tempat aku menunggu kawan
Kawan sama-sama sekolah
Sama-sama belajar

Sampai sekolah
Kami… riang selalu
Berjumpa guru
Selamat Pagi Cikgu

Lalala lala la lala lala

Sekolah
Tempat aku menuntut ilmu
Membaca menulis mengira
Dengan panduan guru

Marilah kita… kawan
Usaha… selalu
Hormatlah guru
Selamat Pagi Cikgu

January 15, 2007

Sayonara Cikgu Sizuka…

sizuka4.JPG

Guru Biologi di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Itulah suratan yang telah tertulis buat Suriani Khalid atau lebih mesra dipanggil Sizuka@Surianto@Sunan. Hari ini bermula episod baru, bermula fasa baru dalam hidupnya. Kini, impiannya semakin hampir. Dia perlu kuatkan semangat untuk meneruskan cita-cita perguruannya. Dimata ku, dia merupakan seorang kakak yang comei, lembut, bersopan santun. Setiap tutur katanya sedap saja pabila menyapu gegendang telingaku. Akhirnya penantian selama setahun di Perdana Leadership Foundation tercapai jua. Hari ini, kini, ketika ini, tatkala ini, saat ini dia telah pun berada di negeri Cik Siti Wan Kembang. Dengan ini kami warga PLF ingin mengucapkan “SELAMAT PAGI CIKGU!!!” buat Sizuka… ;-)

December 11, 2006

Maswira@Sazzy – Rappers Undangan Da' Lat's

mas4.JPG

salam semua… kembali lagi dengan cerita2 sedih….

kawan-kawan (plf)… ingat lagi kah kamu semua pada gambar ini? gambar yang telah di edit oleh editor plf (dia yg lantik diri sendiri)… aminuddin mat jidin la sape lagi… last week dalam blog [amien: diary seorang lelaki] telah pun menceritakan bakal pemergian seorang lagi staf plf merangkap celebrity plf (Sempurnakan Harimu dan Kunci Khazanah) dan juga selaku ‘Rappers Undangan’ dalam band Da’ Lat’s untuk persatuan KLFC iaitu tidak lain tidak bukan Maswira@Sazzy yang dapat menjawat jawatan hebat iaitu PTD. tahniah la ke atas beliau dan semuga beliau aman d tenang di sana. untuk cerita selanjutnya lawatlah blog amien

buat halim pulak…. tahniah kerana menjadi transcriber dan juga untuk pengetahuan semua halim still lagi bermain basists untuk band Da’ Lat’s…. sekian, terima kasih…. salam.

eemmmm chup chup… ade penambahan lagi…..

buat a.mas su dh buat 1 pantun yg funny-funny… so hope terhibur la ye….

tuai padi antara masak
esok jgn rindu-rinduan
abg mas dapat jawatan yang dia nak
ok la tu atas berkat kesabaran

anak cina memasang lukah
lukah dipasang ditanjung jati
hari selasa dia mula menyusun langkah
hari rabu dah xde kat plf ini

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
abg mas rindu nk lunch tepi tasek mcm dulu2
tapi itu hanya memori sahaja

November 30, 2006

Shika: Terima Kasih…

salam buat kalian semua… bulan ini merupakan bulan yang penuh dgn kisah2 dramatis. suka dan duka. kisah-kisah yang datang dan pergi. sama jugaklah dengan kawan-kawan saya di PLF ini. Kamalol dan Shika dah nak pegi. hari ini merupakan hari terakhir mereka. lepas ni giliran abg mas pulak (celebrity PLF). ape-ape pun terima kasih la pada Shika (walaupun kenal tak lama tapi kami sume mesra) kerana dia telah memberikan kepada semua kawan-kawanya satu souvenir yang sangat comei dan juga telah belanje kami breakfast nasi lemak. Terima kasih cayang… merci beaucoup!

comei.JPG

sh1.JPG

Kamarul: Tinggal Kenangan…

dsc_0844.JPG

Salam buat semua kawan-kawan ku… Tajuk pada hari ini memang btol2 buat diriku ini terasa sebak… Akhirnya tamatlah zaman kegemilangan Kamarul@Kamalol@Si Arjuna sebagai tuan president KLFC (Kak Lat Fan Club) di Perdana Leadership Foundation atau nama Melayunya Yayasan Kepimpinan Perdana kerana beliau telah terkesima dengan tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di sebuah syarikat swasta berbanding dengan di PLF ini sendiri. Beliau juga telah berterus-terang di sidang ‘press conference’ beberapa hari yang lalu bahawa beliau betol2 rase teruja kerana akhirnya beliau mendapat pekerjaan yang mungkin lebih baik sedikit untuk membiayai tanggungan beliau dimasa akan datang. Akhirnya hajat beliau tertunai dan selepas ini cita2nya makin memuncak ingin mengambil lesen. (Saya tidak berapa pasti lesen class mana yang ingin diambil oleh beliau).

Kamalol, tahniah di atas kejayaan anda…. ape2 pun jgn la lupekan kami disini yang masih terkapai2 bertungkus-lumus mencari sesuap nasi (ish ish ish sedihnya….). Kamalol, terima lah puisi yang ku cipta khas untuk dirimu…

Kamalol,
Masihku ingat lagi
Kali pertama ku kenalimu
Sangku…. Kau seorang yang amat serius
Namun…. Tidak sama sekali

Kamalol,
Kau yang ku kenal
Seorang yang funny-funny
Seorang pendengar yang baik bagiku
Seorang insan yang mampu buat ku ketawa tatkala ku sedang bersedih
Seorang insan yang sentiasa mempunyai idea2 humor yang bisa membuat sesiapa sahaja senang bergaul denganmu
Idea kelakamu itu akan ku kenang smpi bila2

Kamalol,
Aku tidak mempunyai ape2 untuk ku hadiahkan untukmu
Hanya aku mampu memberikan ucapan tahniahku [TAHNIAH TUAN PRESIDENT!!]