Diriku seorang BIDAN…

cat.JPG

Ini kucing kesayangan saya. Nama kucing saya ‘miow-miow’. Umur miow-miow sudah menjangkau lebih kurang 6 tahun. Hari ahad yang lalu, miow-miow beranak. Anaknya ada 4 ekor. Kesemua anaknya comel-comel belaka. Ada 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Saya telah menjadi bidan semasa miow-miow melahirkan anak-anaknya. Saya lihat dengan dua bijik mata saya bagaimana miow-miow melahirkan anak kesayangannya. Wow…!! sungguh ngeri dan saya berasa amat kagum dengan kesungguhan miow-miow. Lihatlah anak-anaknya sangat comel dan sedang minum susu ibunya. Semasa saya meng’candid’ picture ini, miow-miow sangat marah kepada saya kerana dia tahu saya akan mempamerkan gambarnya di dalam blog saya. Miow-miow berasa sangat malu. Tetapi selepas saya memujuknya dan atas permintaannya juga saya pun mem’publish’lah kenangan terindah buat miow-miow saya. Buat masa ini saya masih tidak punya idea untuk memberi nama kepada anak-anak miow-miow. Nantilah saya akan cuba cari nama-nama yang terbaik.

Berbalik kepada peristiwa petang ahad yang lalu, miow-miow cube memberitahu saya bahawa dia sedang sakit untuk beranak tetapi saya ingatkan miow-miow lapar jadi saya pun memasak nasi untuk dimakan oleh miow-miow. Saya kata kepadanya, “Nyiow lapar ye… nak makan ye… nanti saya masak nasi dulu ye kerana nasi sudah habis tadi saya yang bedal”. Miow-miow tidak menghiraukan saya dan terus keluar rumah. Pada fikiran saya miow-miow sedang merajuk. Lantas saya berkata, “eemm… merajuk pulak”. Lalu saya pun membasuh beras dan masak. Waktu maghrib pun tiba dan nasi sudah pun masak. Saya pun memanggil-manggil miow-miow untuk bersantap. Apabila saya keluar miow-miow melompat keluar dari dalam besen buruk yang dikhaskan oleh mak saya sebagai wad bersalin buat miow-miow. Saya pun menyuruh miow-miow makan. Akan tetapi saya melihat pada bahagian punggung miow-miow sudah berdarah. Saya mulai panik tetapi tetap cool dan maintain. Dengan gaya cekap saya berlari ke arah besen buruk tersebut dan saya sudah ternampak 1 ekor anak miow-miow yang berwarna oren. “Hah!! Ni abang sulung la ni…” detik hati saya. Dan selepas itu saya pun menunggu anak-anak yang seterusnya. Itulah cherithaku seorang bidan. Sekian. Wasalam.

{picture at Sek.17 Shah Alam – photo by yisuzy, model: nokia 7610}

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2006/12/diriku-seorang-bidan/trackback/

Comments

saya menchadangkan awk menamakan salah seekor anak kucin tersebut dgn nama ‘TAIPEN’..sekhian, terima kaseh…

bagus jugak cadangan encik kadir dikoh itu.. mungkin saya akan menamakan ‘taipen’, ‘penin’, ‘pisan’, ‘kencin’……..
hah kencin??? xmau la……………

Tips: Tolong jangan bermain atau sesekali memegang anak kucing anda ketika ia masih baby.ini adalah kerana,ia akan menjadi kurus kering.biarkan sahaja.Anda akan melihat hasilnya nanti

aman aman
kg aman kat tepen nue.. sebelah pokok assam ja…

pisan tu salah la… pisang akan jadi pisang jugak…
pandai2 tukaq ni ye..

satu lagi anak kuchin tu apa kata boh nama “wan koi”…
sedap tu beb..

karangan ni memang sangat sesuai untuk mendapat A.Bagus,teruskan usaha..

eii..cuceng…
comeinye baby cuceng..

sebut betol2….cuuuceeeeng…

hai kucin…
bila nak buat crita baru nie kak kucin?

sizuka pon dah bersara nie…

ala… nk update la nih bz ckit… orait 🙂 soli ma… soli manyak

untuk pengetahuan sume… anak miow-miow yang comei lotei dh mati 3 ekor… sekarang nih tinggal sekor je yg color itam legam… sedih tau… 🙁

Post a comment