Ini rupanya plan mereka…

Salam,

Adapun di sini sudah hampir 1 bulan 1 minggu dan 4 hari saya menjadi isteri kepada En. Suami saya. Yea, beliau memang seorang yang kelakar. Itu sudah saya maklum sebelum En. Suami menggoncang tangan ‘Abang Kodhi’. Saya sungguh bertuah kerana mempunyai family yang sangat besar dan ramai. Family saya, family En. Suami dan juga family di rumah Cheras serta kawan-kawan saya (itu pun saya panggil family juga sebab memang mereka sebahagian daripada saya).

Suka benar saya nak bercerita mengenai surprise yang En. Suami buat sewaktu jam di dinding tepat 12:00am 22 Jan. 2010. Haha! Suprise yang terpaksa dibuat mengikut plan B. Kerana pada asalnya iaitu plan A tidak berjaya. En. Suami bersama kawan-kawannya (Redzha, Mira, Cipan, Linda, Stone & Azee Bilson) rupanya sudah awal-awal lagi ready membeli kek yang saya suka (chocolate cake). Saya yang terlelap di atas couch terjaga pada 11:50pm (tengok jam tapi dah tak ingat pasal birthday… tak tau pun plan diorang… yelah tengah mamai-mamai…). Bangun tidur tengok ramai orang tengah sembang-sebang. En. Suami tengah main gitar, ada yang tengah makan, Stone tengah layan tengok cerita hantu. (Ntah ape-ape lagi lah!). Saya terus makan ubat saya (Asid Folic dan Evening Primrose Oil) lalu terus baring semula di atas couch untuk layan tidur balik 🙂 . Dan tiba-tiba semua orang bangun… ntah pegi mana… hall jadi kosong… tinggal saya sorang… Ahh… lantak lah malas nak pikir… Saya mahu tidur… En. Suami padam lampu… Maybe nak bagi senang saya tidur. Tengah layan mata… tiba-tiba… En. Suami, Redzha, Mira, Cipan, Linda, Stone, Azee Bilson ada kat depan mata sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan kek dan lilin sebatang. Haha! Ini rupanya plan diorang… 🙂 Thank you lah kawan-kawan… Saya sangat suka… 😎

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2010/01/ini-rupanya-plan-mereka/trackback/

Comments

asid folik? persediaan kah? hehe..

asid folik adalah ubat penambah darah…
soalannya: banyak sangatkah darah yg tertumpah sebelum ini? hehe

heheh.. asid folik.. hurmmm…

heeheehehehehee..

Post a comment