Awak kan Seth Tan Saye (^_^)

Salam di pagi Jumaat yang sejuk,

Adoiyai… Demam Nora Elena dah lama berakhir. Tapi… bahangnya masih ada samar-samar. Saye bukanlah termasuk dalam golongan yang wanita-wanita yang menonton tv3 ketika waktu Maghrib itu. Tak sempat! Everyday sampai rumah paling awal pun pukul 7.45pm. Tak dan la nak ngadap depan tivi.

Tapi… saye tak nak la jadi katak bawak tempurung. Semua orang dok sibuk cerita pasal Seth Tan. So, initiative… Youtube ler! Bila free saye akan tengok. Guna Ipad atau HP saye sendiri. :-) Nak habiskan 23 episod makan 2 minggu jugak la hihihi…

Tapi… tatkala mendengar lagu Sofaz yang berkumandang di corong radio “Sesuatu Yang Berbeza” & “Dan Bila Esok” pasti saye akan berkata “Rasa macam Seth Tan ada kat sebelah je… hihihi…”

Kalau en. suami dengar pasti dia tunjuk muncung sedepa. Dan… telah saye jangka, pagi tadi muncung sedepa tu kalau diikat dengan riben merah pun cantik jugak kan. Hihihi!

Yea, pagi tadi Seth Tan ada di sebelah saye. Awak la Seth Tan saye wahai AMMA…

Sekian.

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2011/07/awak-kan-seth-tan-saye-_/trackback/

Post a comment