Majlis Aqiqah, Tahlil & Kesyukuran

Alhamdullilah tanggal 7/7/2012 selesai sudah niat family kecil saye untuk Aqiqah Sara & Adam. Nak buat Sara punya dulu… habis pantang saye praggy lagi… Nak buat after Adam asyik bertangguh-tangguh dan tangguh… Jadinya majlis di buat waktu Sara 1 tahun 10 bulan dan Adam 11 bulan.

Dengan planning yang hanya 2 minggu… Saye gagahkan jugak menyettlekan beberapa perkara seperti kambing, menu, sape nak masak, canopi, dessert, mini pelamin, candy bar, souvenir, yassin from Gifted, pak imam, orang-orang masjid, buffet set, pinggan mangkuk dan beberapa menu yang mak saye nak masak sendiri (Main menu kasi tempah orang lain masak). Tu tak masuk lagi baju kami anak beranak… Erggghh… pening! Nasib baik saye ada family yang sudi membantu. Tenkiyu yea… :-)

Dan… Abah pesan masa saye nak tengok proses pemilihan kambing dan penyembelihan (bab yang tu saye duduk jauh-jauh. Tak sanggup!)… “Bawak aje Sara dengan Adam tu… Biar dia tengok kenderaan yang dia nak naik nanti” Sempat juge Sara dan Adam membelai kambing masing-masing :-)

Yea, waktu itu di tapak penyembelihan ada beberapa ekor ayam anak-beranak berlari-lari bersukaan. Saye pandang si kakak. Rasanya dia macam pelik. Terus saye kata, “Itu chicken sayang…” Lantas Sara berkata, “Mam!” Hadooiii… anak saye yang seorang ni… Geleng kepala…

Penatnya macam majlis kenduri kawen… :-) Dan… ada juga tetamu yang bertanya… “Emm… mana mak pengantin?… mana bapak pengantin?” (refer to saye & en.suami). Alhamdulillah sekali lagi. Tiada lauk yang dibazirkan. Terima kasih pada yang hadir. Yang tak dapat hadir takpe lah lain tahun ada… (Wah! takutnyeee…)

Lakaran awal mini pelamin

Lakaran akhir

Hasilnya... (tak sama langsung dengan lakaran!)

Untuk tarikan kanak-kanak. Tapi mak budak pun tertarik :-)

Buku Yassin... TQ Gifted from fb :-)

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2012/07/majlis-aqiqah-tahlil-kesyukuran/trackback/

Comments

Wow, syoknyaaa…

Sory aku tk sempat nak join, ada hal la aritu… Lama betul tk jumpa pak kassim, ntah dia kenal aku lg ke tak. wakaka.

Post a comment