March 24, 2013

Kembar lain tahun

Salam,

Walau pergi ke mana saja pasti ada yang bertanya… “twins ke?”… Haha! Yelah mereka membesar bersama… Dan lantas saye pun mengiyakan saje 🙂

image

Pastinya mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza

Posted via Galaxy S3

March 22, 2013

Home made waffle aka pancake aka lempeng

Salam,

Oleh kerana beberapa hari ini amatlah teringin nak makan waffle (dalam erti kata lain hari-hari nak makan tanpa rasa jemu)… saye gagahkan diri untuk buat sendiri menggunakan sandwich toaster (sebab waffle toaster takde :-p )…

image

Cara membuatnya…
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik instant yeast
1 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit butter dicairkan
sedikit gula
sedikit garam
esen vanila
air suam

Kacau semua bahan guna whisk. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Letak di dalam pan yang panas. Masak sehingga kekuningan… Dah siap boleh makan bersama peanut butter or nutella yeay!

Posted via Galaxy S3

March 15, 2013

Merempit

Salam,

Apabila anak-anak semakin membesar, kita akan terasa seperti nak ada anak kecil lagi. So, tak salah kalau para ibu suke menggunakan perkataan “rindu la nak ada baby lagi”. Haha!

Setiap hari ada saja skill baru yang Sara dan Adam nak tunjuk. Dan semalam dia bersama- sama merempit keliling rumah. Habis semua dilanggarnya 🙂

image

Posted via Galaxy S3

March 13, 2013

Ayah!

Salam,

Sedikit permulaan cerita…

Pada jam kurang lebih 4 pagi hari Sabtu 9/3/13 (ulangtahun kelahirannya), mereka (Ayah, anak ke-2nya dan sahabatnya) mengalami kemalangan jalanraya di MRR 2 di mana kereta dinaiki mereka dari arah Sg. Besi ke Ampang berhampiran Terminal TBS Bandar Tasik Selatan telah di rempuh oleh sebuah kereta Camry yang terbabas dari arah bertentangan yang memasuki laluan mereka. Dipercayai pemandu berketurunan India menaiki kereta Camry tersebut memandu dibawah pengaruh alkohol dan juga dadah.

Yea sudah 4 hari ayah di ICU, HUKM… Alhamdullilah pada hari kedua saye menjenguk ayah, ayah tidak lagi diam kaku seperti hari pertama… “Ayah, Suzy datang… cepat sembuh yea… Kuatkan semangat”. Ayah bergerak sedikit dan kedua ibu jarinya menunjukkan thumb up! 🙂 Hati sedikit lega.

Insya Allah hari ini saye akan menjenguknya lagi…