June 8, 2011

Sabar itu cantik, Mawar

As Salam,

Terlampau kusyuk saye membaca 1 blog errr… sebenarnya 2 blog (suami dan isteri). Meleleh airmata saye. Sungguh tabah sang isteri yang masih muda menjaga 2 orang puteri yang sangat comel. Embun & Kekwa 🙂 setelah kehilangan suami yang meninggal di hadapan mata. Oh! saye belum boleh menerima dugaan dan ujian yang begitu. Tuhan, ampunkan saye…

Pada mulanya saye terbaca tulisan sang suami@Nafastari. Tulisannya sangat bagus. Sangat Islamic. Sangat tersusun dengan bait kata-kata dan sulaman yang cukup sedap untuk halwa telinga. Rasanya di zaman ini susah nak mencari suami sepertinya. Yang pandai masak. Yang pandai menjahit. Tapi… kenapa tidak update blognya?

Saye ternampak pula karangan sang isteri@mawarnafastari. Cara penceritaannya juga seperti suaminya. Tapi… di awal ceritanya saye pasti… dia sedang sangat bersedih. Sangat berduka. Ya, baru saye tau kenapa tidak dihupdate blog suaminya. Nafastari sudah tiada. Tiada di dunia ini. Dia telah mengadap Penciptanya. Innallilah… Takziah buatmu Mawar… Benar kata arwah suamimu “Sabar itu cantik, Mawar”

Yea benar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Entah. Saye takut…

January 11, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Novel Ayat-Ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus. Penghayatan yang sangat berkesan. Plot cerita yang complete dan mempunyai maksud. Cerita cinta, budaya, etika, dakwah dan sebagainya. Dengan bantuan footnote membuatkan yisuzy benar-benar faham akan keseluruhan cerita walaupun novel ini diselitkan dengan bahasa-bahasa lain (Arab, Jerman, Inggeris).

Penulis iaitu Habiburrahman El Shirazy berjaya menggambarkan latar sosiobudaya dan suasana di Timur Tengah (Cairo) dengan kepanasan 41 darjah. Walaupun yisuzy tak penah ke Mesir tetapi melaluinya saja sudah membuatkan diri yisuzy berada di sana.

Ternyata ‘Ayat-Ayat Cinta’ membuatkan yisuzy “cair” 🙂

‘Ayat-Ayat Cinta’ menceritakan mengenai seorang lelaki, Fahri, dari Indonesia yang belajar di University Al-Azhar, Mesir. Cerita mengenai perjalanan hidup seorang pelajar dan siapakah Aisha, Maria, Nurul dan Noura. Tajuk novel ini sebenarnya bukanlah menggambarkan cerita yang mempunyai unsur-unsur jiwang tetapi banyak nasihat dan pengetahuan yang ingin disampaikan dan semuanya betul-betul sampai kepada si pembaca. Ia memang sebuah novel pembangun jiwa. Bagaimana cara hidup masyarakat Islam yang benar-benar Islam. Ayat yang digunakan sangat puitis sehingga membuatkan mata yang mengantuk kembali segar. Sesegar tiupan sepoi angin malam…

{scan by shidah, model: CopiBook}