December 22, 2006

Diriku seorang BIDAN…

cat.JPG

Ini kucing kesayangan saya. Nama kucing saya ‘miow-miow’. Umur miow-miow sudah menjangkau lebih kurang 6 tahun. Hari ahad yang lalu, miow-miow beranak. Anaknya ada 4 ekor. Kesemua anaknya comel-comel belaka. Ada 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Saya telah menjadi bidan semasa miow-miow melahirkan anak-anaknya. Saya lihat dengan dua bijik mata saya bagaimana miow-miow melahirkan anak kesayangannya. Wow…!! sungguh ngeri dan saya berasa amat kagum dengan kesungguhan miow-miow. Lihatlah anak-anaknya sangat comel dan sedang minum susu ibunya. Semasa saya meng’candid’ picture ini, miow-miow sangat marah kepada saya kerana dia tahu saya akan mempamerkan gambarnya di dalam blog saya. Miow-miow berasa sangat malu. Tetapi selepas saya memujuknya dan atas permintaannya juga saya pun mem’publish’lah kenangan terindah buat miow-miow saya. Buat masa ini saya masih tidak punya idea untuk memberi nama kepada anak-anak miow-miow. Nantilah saya akan cuba cari nama-nama yang terbaik.

Berbalik kepada peristiwa petang ahad yang lalu, miow-miow cube memberitahu saya bahawa dia sedang sakit untuk beranak tetapi saya ingatkan miow-miow lapar jadi saya pun memasak nasi untuk dimakan oleh miow-miow. Saya kata kepadanya, “Nyiow lapar ye… nak makan ye… nanti saya masak nasi dulu ye kerana nasi sudah habis tadi saya yang bedal”. Miow-miow tidak menghiraukan saya dan terus keluar rumah. Pada fikiran saya miow-miow sedang merajuk. Lantas saya berkata, “eemm… merajuk pulak”. Lalu saya pun membasuh beras dan masak. Waktu maghrib pun tiba dan nasi sudah pun masak. Saya pun memanggil-manggil miow-miow untuk bersantap. Apabila saya keluar miow-miow melompat keluar dari dalam besen buruk yang dikhaskan oleh mak saya sebagai wad bersalin buat miow-miow. Saya pun menyuruh miow-miow makan. Akan tetapi saya melihat pada bahagian punggung miow-miow sudah berdarah. Saya mulai panik tetapi tetap cool dan maintain. Dengan gaya cekap saya berlari ke arah besen buruk tersebut dan saya sudah ternampak 1 ekor anak miow-miow yang berwarna oren. “Hah!! Ni abang sulung la ni…” detik hati saya. Dan selepas itu saya pun menunggu anak-anak yang seterusnya. Itulah cherithaku seorang bidan. Sekian. Wasalam.

{picture at Sek.17 Shah Alam – photo by yisuzy, model: nokia 7610}

December 11, 2006

Maswira@Sazzy – Rappers Undangan Da' Lat's

mas4.JPG

salam semua… kembali lagi dengan cerita2 sedih….

kawan-kawan (plf)… ingat lagi kah kamu semua pada gambar ini? gambar yang telah di edit oleh editor plf (dia yg lantik diri sendiri)… aminuddin mat jidin la sape lagi… last week dalam blog [amien: diary seorang lelaki] telah pun menceritakan bakal pemergian seorang lagi staf plf merangkap celebrity plf (Sempurnakan Harimu dan Kunci Khazanah) dan juga selaku ‘Rappers Undangan’ dalam band Da’ Lat’s untuk persatuan KLFC iaitu tidak lain tidak bukan Maswira@Sazzy yang dapat menjawat jawatan hebat iaitu PTD. tahniah la ke atas beliau dan semuga beliau aman d tenang di sana. untuk cerita selanjutnya lawatlah blog amien

buat halim pulak…. tahniah kerana menjadi transcriber dan juga untuk pengetahuan semua halim still lagi bermain basists untuk band Da’ Lat’s…. sekian, terima kasih…. salam.

eemmmm chup chup… ade penambahan lagi…..

buat a.mas su dh buat 1 pantun yg funny-funny… so hope terhibur la ye….

tuai padi antara masak
esok jgn rindu-rinduan
abg mas dapat jawatan yang dia nak
ok la tu atas berkat kesabaran

anak cina memasang lukah
lukah dipasang ditanjung jati
hari selasa dia mula menyusun langkah
hari rabu dah xde kat plf ini

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
abg mas rindu nk lunch tepi tasek mcm dulu2
tapi itu hanya memori sahaja

December 8, 2006

Komik Ku

1-small.jpg

<kalu nak bace sila klik pada picture>

p/s: terima kasih pada MUNMON karena beliau telah membantu saya untuk mempublish ini komik….