June 21, 2016

Adam dan Teacher Agelin

Salam Ramadhan,

Tanggal 25hb Mei yang lalu iaitu sehari sebelum saya memulakan tugas setelah bercuti panjang selama 3 bulan, Adam dan Teacher Adlin (sebutan adam ‘teacher agelin’) telah berjalan² ke Aquaria, KLCC. Memang Adam dah banyak kali mengajak ke KLCC. Mahu tengok dinosour katanya. Jadi, permintaan Teacher Adlin untuk bawak Adam jalan² ibarat mengantok disorongkan bantal.

Terima kasih Teacher Adlin 🙂

PhotoGrid_1466515311599

Adam dan Teacher Adlin

Adam dan Teacher Adlin

Posted via Huawei Mate 8

June 6, 2016

Ramadhan Mubarak

Salam,

Wah! Sudah bersawang blog ini. Hampir 3 tahun tidak membelek². Tidak menulis di sini. Anak pun sudah 3 haha!

Ye… Ramadhan menjengah lagi. Alhamdulillah…

Hari ini di whatsapp group LC banyak parents yang bercerita tentang anak² mereka yang bangun bersahur sambil pejam mata :-). Ye Sara pun begitu. Bangun sahur. Makan dalam 5 suap. Minum susu coklat. Tido semula. Kalau tak dapat puasa 1 hari, setengah hari pun mommy dah cukup excited :-p Good luck my dear Sara.

Pagi ini mommy ke hospital KPJ Tawakal bersama anak yang bongsu (eh! eh!). Kami berdua saje. Mahu mendapatkan vaksin 6 serangkai untuk kali kedua. Ya… Aurora Qistina Munawar sudah 3 bulan lebih usianya. Alhamdulillah… Semakin sehat dan bambam. Next entrylah saya cerita pasal Aurora.

Untuk entry ini saya mahu mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak. Moga kita semua diberikan keselesaan untuk menunaikan Rukun Islam ke-3. Ameen…

Posted via Huawei Mate 8

August 24, 2013

Dugaan kecil di hari yang bermakna…

Selamat pagi di bulan Syawal…

Anakanda kedua Qayzer Adam Munawar bin Ahmad Munawar sudah pun berumur 2 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Bulan hadapan kakaknya pula menyambut kelahiran ketiga tahun.

Saye masih ingat 2 tahun lalu… Anakanda kedua dilahirkan pada bulan Ramadhan tetapi dia dimasukkan semula ke dalam wad NICU dan keluar wad betul-betul pada pagi Syawal.

2 hari sebelum SHUT, saye sudah berjanji untuk membeli kek (small celebrate kerana abienya berkursus 2 minggu… Abie balik kita celebrate lagi yea sayang…)

Dipagi yang dinanti… keadaan seperti biasa. Hujan dan sejuk. Saye bersiap untuk pergi bekerja. Dalam hati tak sabar menunggu malam. Saye memandu seperti biasa. Biasala time hujan ni jalan memang agak sesak. Lebih sesak dari biasa (biasa pun memang sesak)

Tiba-tiba… dduuummmm!!! Bunyi yang amat kuat. Meletop! Dan ayat pertama yang saye dengar dari mulut adik saye disebelah “Kak Uji!!” Saye masih blur… aku langgar orang ke? Saye pandang belakang… Pandangan saye sangat clear (yelah memang clear sebab cermin belakang dah takde. Berlubang!. Lopong!) Nasib baik sistem preve akan berbunyi kuat jika driver & second driver tak pakai seat belt. Kalau tak confem kami dah tembus keluar cermin hadapan (saje promote preve 🙂 )

Saye pandang depan, driver kereta depan keluar sambil buat muka pada saye (oh! saye dah TERlanggar kereta depan!). Saye terus keluar dan abaikan driver kereta hadapan. Ape yang saye nak tengok adalah kereta saye dibelakang. Yea.. lori tangki dengan bestnye menghentam si lolie evee 🙁

Kereta hadapan yang saye TERlanggar hanya sedikit bercalar. Katanya ok. Selepas dia memarahi driver lori (bagi pihak saye) dia pun berlalu pergi.

Saye terus berkata kepada driver lori. “Sini tengah jalan… kita berhenti lepas tol!” Dan kami selesaikannya di sana.

image

Lolie Evee cedera parah

Hati ni tuhan saje yang tahu… Dikala hujan lebat… Cermin belakang takde… Jalan sesak giler… Saye perlu mencari tempat berteduh sebelum membuat police report (ini satu lagi perkara yang saye tak suke. Procedure!)

Untuk pengetahuan semua… police report memang bole dibuat dimana-mana balai polis. Tapi keadaan ini perlukan penyiasatan oleh pihak polis jadi saye perlu buat police report di balai polis mengikut kawasan yang dipertanggungjawabkan. Saye perlu ke Balai Polis Jalan Bandar… kat mana tu??? Haha!

Buat report memang tak lama tapi nak menunggu… prosedur… kesana kesini… amik gambar… bla bla bla… makan 1 hari jugak… Emergency leave la saye hari itu…

Dan pada malam itu saye perlu menunaikan janji saye untuk anakanda kedua… Hati yang remuk terubat sedikit. Happy Birthday sayang… Semoga menjadi anak yang soleh dan bijak…

image

Sorang satu kek dan candle supaya tidak berebut.

Posted via Samsung Galaxy S3

June 13, 2013

Mocha butterscotch cupcakes

Suzila,

Adakah kamu susah hilang akal bikin cupcakes di malam buta ini?

Bukankah Encik Ahmad sedang berdiet?

Bukankah kamu juga sedang berdiet?

Haddoii!

image

Tersangat sedap mocha cupcakes bersama intinya adalah butterscotch dan buttercream icing.

Ok enough lah! Esok puasa!

[Send via Galaxy S3]

May 5, 2013

Hari memangkah

Assalamualaikum wbt…

Salam pagi Ahad 5hb Mei 2013… Rasanya macam sudah tidak sabar untuk melaksanakan hak. Ini memang kali pertama! Perasaan yang sangat teruja. Excited! Ini yang pertama tama kalinya! Saye tak penah lagi melakukannya.

Adakah caranya seperti ini…

image

Pilihanraya PSAS

Hari-hari di laman sosial kita dapat lihat golongan yang extreme memberikan pendapat. Yang positif kita ambil tapi yang negatif silalah tolak ke tepi. Bak kata mat luthfi dalam video youtubenya… Pilihlah pemimpin yang pandai bercakap dan tinggalkan pemimpin yang hanya tahu bercakap buruk dan keji, pilihlah pemimpin yang pandai memberikan idea dan berhujah dan pilihlah calon yang bercakap untuk Malaysia sebab ini pilihanraya untuk Malaysia. Bukan pilihanraya kaum, agama ataupun parti. Ok paham?!

Dan… inilah yang terjadi…

image

Sila dapatkan di kedai mamak. Don’t worry mamak stall open 24 hours. Heee…

Selamat Mengundi. Adios!

p/s: Screenshot from google page

image

Google pun nak wish selamat mengundi

Posted via Samsung Galaxy S3

April 11, 2013

Cepat sembuh yea sayang

Salam petang,

Sudah banyak hari mommy tidak ke kantor. Patutnya hari ni janji dengan students untuk artikel yang di minta. Sorry sesangat. Artikel tu pun belum di cari lagi. Dalam kepala ni Qayzer Adam Munawar saje…

Demamnya dari hari Sabtu. Suhu badannya mencecah 41ºc. Makan tak mau. Minum pun tak mau.

Cepat sembuh yea sayang. Mommy rindu Adam yang aktif, notty, suka ‘mengemas’ dan suka kacau kakak Sara

image

Sememangnya dikala ini dia takde mood dan energy langsung

Posted via Galaxy S3

April 7, 2013

Handmade ashtray oleh Abah yang kacak

Salam pagi Ahad,

Tiada cerita yang menarik untuk diceritakan cuma saye amat kagum dengan hasil kerja tangan Abah. Sungguh creative dan inovative.

image

Ashtray dari tempurung kelapa

Posted via Galaxy S3

March 24, 2013

Kembar lain tahun

Salam,

Walau pergi ke mana saja pasti ada yang bertanya… “twins ke?”… Haha! Yelah mereka membesar bersama… Dan lantas saye pun mengiyakan saje 🙂

image

Pastinya mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza

Posted via Galaxy S3

March 22, 2013

Home made waffle aka pancake aka lempeng

Salam,

Oleh kerana beberapa hari ini amatlah teringin nak makan waffle (dalam erti kata lain hari-hari nak makan tanpa rasa jemu)… saye gagahkan diri untuk buat sendiri menggunakan sandwich toaster (sebab waffle toaster takde :-p )…

image

Cara membuatnya…
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik instant yeast
1 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit butter dicairkan
sedikit gula
sedikit garam
esen vanila
air suam

Kacau semua bahan guna whisk. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Letak di dalam pan yang panas. Masak sehingga kekuningan… Dah siap boleh makan bersama peanut butter or nutella yeay!

Posted via Galaxy S3

March 15, 2013

Merempit

Salam,

Apabila anak-anak semakin membesar, kita akan terasa seperti nak ada anak kecil lagi. So, tak salah kalau para ibu suke menggunakan perkataan “rindu la nak ada baby lagi”. Haha!

Setiap hari ada saja skill baru yang Sara dan Adam nak tunjuk. Dan semalam dia bersama- sama merempit keliling rumah. Habis semua dilanggarnya 🙂

image

Posted via Galaxy S3