March 30, 2007

Akhirnyer… Aku Mengundur Diri…

Hari ini 30hb March 2007 genaplah usiaku 9 bulan di Perdana Leadership Foundation..
Bermula dengan seorang student praktikal kemudian di angkat sebagai Librarian Volunteer (Indexer). Pelbagai kenangan manis dapat saya kutip.
Inilah sebuah kehidupan… Terima kasih kepada semua warga PLF…
Kenangan bersama kalian tidak dapat dilupakan
p/s: Sori ade gambar lain sebenornyer tapi tak dan nak upload… Next time ye 😉 Sori mama maria, xde gambar miss u a lot.

{picture at PLF – photo by Murz (agaknye la) & huda, model: unknown ; edit by yisuzy}

Bukan Diriku

Setelah ku fahami.. Ku bukan yang terbaik.. Yang ada di hatimu.. Tak dapat kusangsikan.. Ternyata dirinyalah.. Yang mengerti kamu.. Bukanlah diriku.. Kini maafkanlah aku.. Bila ku menjadi bisu.. Kepada dirimu.. Bukan santunku terbungkam.. Hanya hatiku berbatas.. ‘Tuk mengerti kamu.. Maafkanlah aku..

Chorus :

Walau ku masih mencintaimu.. Ku harus meninggalkanmu.. Ku harus melupakanmu.. Meski.. Hatiku menyayangimu.. Nurani membutuhkanmu.. Ku harus merelakanmu.. Dan hanyalah dirimu.. Yang mampu memahamiku.. Yang dapat mengerti aku.. Ternyata dirinyalah.. Yang sanggup menyanjungmu.. Yang ramah menyentuhmu.. Bukanlah diriku..

March 29, 2007

Saat-saat Terakhir…

image001.jpg Inilah gaji terakhir ku di PLF… 🙁

{picture at PLF – photo by firda, model: unknown}

March 16, 2007

Congratulation Mama Maria…

baby.JPG
Ini la dier baby comei…. 16 March 2007 merupakan detik sejarah buat Mariatul Qibtiah yang kini telah bergelar seorang mama/mummy. Ni la 1st time saya dukung baby. Memang lembut sangat badan n kepala. Mula -mula takut jugak tapi nak dukung. Ish seronok la baby comei. Macam anak jepun pun ade. Mata sepet. eeee… geramnyer…

p/s: Yang saya dukung tu sebenarnyer bakal menantu saya… heheheh

{picture at Putrajaya Hosptital – photo by firda, model: nokia 7610 ; edit by yisuzy}

March 12, 2007

Siapakah Dia…???

monster.JPG
Mari kawan-kawan… Hadiah menarik menanti anda…
Pakej penginapan 3 hari 2 malam di Resort “Tasek Belakang Office”

Soalannya…
Siapakah gerangan tuan yang empunya badan? Huhu… 🙂

{picture at PLF – photo by yisuzy ; no editing and super impose}

March 8, 2007

8 Mac 2007 – Hari Wanita Antarabangsa

Salam semua,

Setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada tanggal 8 Mac. Mungkin ramai yang tidak menyedari sambutan berkenaan kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita biasanya diraikan pada 25 Ogos.

Tarikh berkenaan dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diisytiharkan pada 1961.

Sejarah sambutan Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya jika diimbas kembali bermula pada 1910 tetapi wanita di Amerika Syarikat (AS) mula meraikan Hari Wanita peringkat kebangsaannya pada 1908 yang secara tidak langsung menjadi ilham untuk menggerakkan acara berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Pada mulanya sambutan itu dilihat sebagai cara bagi wanita menuntut hak asasi dan berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.

Namun, pada 1910 seorang sosialis AS, Lena Hewis mengumumkan bahawa tanggal 8 Mac bukanlah bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada dan hari ini di radio banyak juga topik yang menceritakan mengenai wanita termasuk yang saya dengar pagi tadi topik pagi hot.fm dan radio era adalah mengenai wanita. Manakala gitu-gitu apek (radio era) juga menceritakan mengenai Hari Wanita Antarabangsa.

Apabila menceritakan perihal wanita, saya mula terpanggil untuk memberitahu bahawa ada seorang wanita di dunia ini yang amat saya sayangi, hormati dan bangga. Dia merupakan seorang wanita tua yang masih lagi kuat untuk melakukan tugas-tugas harian dan juga pekerjaannya. Yes!! Itulah ibu saya sendiri. Pn. Aisyah Salleh isteri kepada En. Mohamad Kassim Denan.

Sayaaanggg mak….!!! Emuaks! Emuaks! Bye… 🙂