Aper nak di kater
Aper nak citer ek?? mmm… sedikit info pasal penunggang motosikal – Kemalangan jalan raya merupakan salah satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, terutamanya pihak kerajaan. Masalah ini perlu diberi perhatian serius kerana golongan penunggang motosikal telah mencatat bilangan kematian yang tertinggi berbanding dengan pengguna jalan raya yang lain. Menyedari hakikat ini, pengenal pastian masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya kemalangan di kalangan penunggang adalah penting agar strategi-strategi kempen keselamatan jalan raya yang sesuai dapat dihasilkan bagi menangani masalah tersebut. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa sikap penunggang merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Antaranya ialah menunggang melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, mengekori kenderaan lain dengan rapat, kecuaian penunggang dan sebagainya.
Jom kiter mulakan citer pasal hari semalam 3rd July 2007. On da way nak balek keje la nih… Baru je meninggalkan PLF dalam 2km sikit lagi kiter nak melanggar satu motosikal.. (nih kira dah tekan break paling dalam la nih sampai terpaksa menukar2 gear berkali2…) ish ish ish… panic gak tapi muka kena buat2 cool sebab kat sebelah ade member satu opis gak (suhana name dier… nak kenal ker?? mmm… dier dah ade anak sorang da..). Kiter pun tak tau moto tu tak nampak ke keta kebal kiter… Tengah syok2 bawak keta jalan straight tetibe motor ni buat klaka plak dah la bawak bini dan anak kecik (baby aku kire) sesuker hati tok nenek dier je nak masuk junction. Kiter tau la dier dah tak nyempat2 nak balek umah tapi betol la dier tak sayang anak bini dier… Kiter kasi 1x hon yang tersangat la panjang… Dalam hati hangin betol. Nyumpah2 tapi SUZILA BUKAN KAYA GITU… yang peliknyer sedikit rase bersalah takde langsung dalam hati si pembawak moto tadi karena dier langsung tidak mengangkat tangan untuk bermohon maaf. Bukan la kiter harap sangat tapi orang Malaysia, orang Melayu penuh dengan adat2 dan beradap. Mmmm… udah ler…
TrackBack
TrackBack URL for this entry:
https://suzila.munmon.com/2007/07/aper-nak-di-kater/trackback/
Comments
salam..
dah lama aku menunggu, akhirnya da gak latest post yg kuar dalam blog ko ni…apa daaa…
anyway, aku ni pembaca setia blog ko…teman setia anda gitu…
berbalik kepada topik ini, aku pun penah merasai perasaan sebegitu rupa…
selaku pemandu kereta dan juga penunggang motosikal yg tegar, aku amat2 arif situasi camni…
ko kena faham, bila kita memandu kereta, kita akan berasa risau bila tgk org bwk motor lebih2 lagi time mencelah celah disisi kereta…
tapi bila ko jadi penunggang motosikal, ko akan berasa seronok dan hilang rasa bimbang ketika menunggang motor…percayalah….
oleh itu, hormatilah sesama kita, insyaallah kemalangan dapat dielakkan. sekian karangan saya buat hari ini…
Posted by: Mr. AMieN | July 4th, 2007 12:12
huh aku hangin tul tgk penunggang tuh..klu terlanggar keta kebal suzy mcmne..aku rasa depa nih x syg anak pasai apa mak & pak pakai helmet tp anak …biar jer togel… dah la tue dia plak hon kami semula…
Posted by: mama_ImanSyahirah | July 5th, 2007 07:18