Jikalau Aku…

Sebelum aku membalas lamaran cintamu Aku perlu tahu benar kamu jujur Kerana aku pernah terasa tertipu Dengan janji palsu teman terdahulu

Jikalau aku Memberikan sepenuh jiwa Yakinkanlah akan setia Hanya ku kau sayang siang dan malam Jikalau kamu mahu keperingkat seterusnya Tunaikanlah apa ku pinta Itu semua perlu jikalau aku menyintamu

Sebelum itu jumpalah orang tuaku Mintak izin dulu agar mereka restu Jangan pula nanti kau mula terasa jemu Fikir betul-betul sebelum kita bermula

Dalam kita ada dua Kau dan aku jadi satu Jika benar-benar mahu Buktikan dahulu cintamu

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
https://suzila.munmon.com/2007/07/jikalau-aku/trackback/

Comments

PEEEHHHH….jiwang gilerr….
bila masa la member aku ni jadik jiwang giler2 camni….
entah la…eden no komen!

lagu ditujukan khas untuk __NA__R kan? kui..kui..kui..

mr ***-***.. bukan naw-fal ye.. ;p
kalau naw-fal kene tgu 20 tahun lagi..
suzy dah umur baper ek ketika tu? ;p

ini lagu untuk orang bercinter jer lah!!!

lagu untuk hang…

[ Aku Pencintamu ]

Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

Dan Aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu

“tom mere pyar kartiho”….inspector sahab bombay police station

alamak… abang jelapang… aper kah maksudnyer yang kekanda maksudkan…

inspector sahab nie glamour kan…

wah bestnya….

Post a comment