Novel
Ayat-Ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus. Penghayatan yang sangat berkesan. Plot cerita yang
complete dan mempunyai maksud. Cerita cinta, budaya, etika, dakwah dan sebagainya. Dengan bantuan
footnote membuatkan yisuzy benar-benar faham akan keseluruhan cerita walaupun novel ini diselitkan dengan bahasa-bahasa lain (Arab, Jerman, Inggeris).
Penulis iaitu
Habiburrahman El Shirazy berjaya menggambarkan latar sosiobudaya dan suasana di Timur Tengah (Cairo) dengan kepanasan 41 darjah. Walaupun yisuzy tak penah ke Mesir tetapi melaluinya saja sudah membuatkan diri yisuzy berada di sana.
Ternyata ‘Ayat-Ayat Cinta’ membuatkan yisuzy “cair” 🙂
‘Ayat-Ayat Cinta’ menceritakan mengenai seorang lelaki, Fahri, dari Indonesia yang belajar di University Al-Azhar, Mesir. Cerita mengenai perjalanan hidup seorang pelajar dan siapakah Aisha, Maria, Nurul dan Noura. Tajuk novel ini sebenarnya bukanlah menggambarkan cerita yang mempunyai unsur-unsur
jiwang tetapi banyak nasihat dan pengetahuan yang ingin disampaikan dan semuanya betul-betul sampai kepada si pembaca. Ia memang sebuah novel pembangun jiwa. Bagaimana cara hidup masyarakat Islam yang benar-benar Islam. Ayat yang digunakan sangat puitis sehingga membuatkan mata yang mengantuk kembali segar. Sesegar tiupan sepoi angin malam…
{scan by shidah, model: CopiBook}