September 30, 2008

Salam Lebaran

Jenis-jenis ketupat yang saye reti buat…

1. Ketupat sate

2. Ketupat bawang

3. Ketupat Sintok

4. Ketupat Kodok

{picture – Sek.17, Shah Alam – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

Berbuka Puasa bersama 'Awak'

Salam Ramadhan, semoga Ramadhan yang terakhir ini akan membawa semangat yang membara untuk makan pada keesokan harinya… 😎

Sabtu yang lepas, Awak telah mengajak Saye untuk berbuka bersama-sama. Saye sangat teruja kerana Awak bawak kat tempat yang sangat nice, best, sedap, nyum nyum 😀

Nama : Restaurant Al Diafah
Lokasi : Seri Petaling, KL

Oleh kerana restaurant pon restaurant Arab, jadi menu untuk berbuka adalah menu orang-orang Arab seperti Fresh Kurma (rasenya seperti anggur tapi sedikit kelat), Mendy Chicken, Balahh AlSham, Lamb Soup, Lamb on Rice, Mixed Grill, Hommus and Baba Ghanouch, Arabic Salad, Kobus Bread, Laygamat ‘Ping-Pong’, etc. dan air favourite adalah Vimto Juice (yang mana rasenya seakan-akan Ribena). Sebelom balik sempat juge kami membeli sedikit buah tangan di tingkat bawah 😉




{picture at Al Diafah, KL – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

Rambut Raya


{picture at Thomas n Guy, SACC – photo by yayang, model: nokia 5300 XpressMusic}

Berbuka puasa bersama Rozie & Sally

Salam Ramadhan,

26 September 2008, ada appointment dengan Rozie & Sally… Kami berbuka bersama-sama di Chili’s KLCC.



And… yang ni present nak bagi sama Rozie sempena dia akan sambung PhD di Oxford University 8) Congratulation!!!

{picture – Chili’s, KLCC – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

September 25, 2008

Berbuka puasa bersama Yayang

Salam Sejahtera buat semua penghuni planet bumi,

Yayang adalah seorang budak perempuan yang katek. Beliau suke sangat makan ayam dan naget. Beliau sangat rajin memasak dan mengemas rumah. Beliau juga sangat pandai masak paprik sehingga Abah ketagih ‘paprik yayang’. Yayang sangat manje kerana beliau merupakan anak bongsu keluarga Pakcik Kassim. Yayang masih belajar di UniKL dan mengambil kursus Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design. Beliau mengaku yang beliau masih single & available tetapi beliau sering bermain as-em-es (mungkin bf kot!). Calon-calon bf nyer mestilah melalui proses penapisan yang akan di buat oleh saye sendiri. Yayang adalah adik perempuan saya yang sah!!!
Buat Yayang,
1. Jea sayang Yayang
2. Semalam kite berbuka sama-sama bestkan 🙂
3. Jea selalu kacau & nyakat Yayang kan… Yayang marah tak?
4. Kite tidor satu katil, lasak tak Jea tidor?
5. Kite selalu pegi shopping sama-sama kan…
6. Yayang nanti ajar Jea Photoshop paling advance tau… Jadi cikgu Jea ye… 🙂
7. Kite selalu mengumpat sama-sama kan…
8. Ingat tak dulu masa kecik-kecik kite selalu gaduh, main tarik-tarik rambut 🙂
9. Tapi kite jugak dulu suke main masak-masak, kawen-kawen, mak-mak, perang-perang, nyorok-nyorok… Ingat lagi tak?
10. Dulu masa Yayang belom lahir lagi, Jea penah cakap kat mak “Mak, Ujie nak adik la… Mak buat la adik untuk Ujie” pastu mak terus jawab “Hah!! pegi kedai beli tepung, nanti mak uli tepung buat adik”. Jea betol-betol laa pecaya dulu… Mongok kan! 🙂
11. Jea tak bole lupe pasal semalam kite bole sesat dalam KLCC. Kite terperangkap dibawah kolong takde udara dan pintu terkunci. Yayang nak nangis tapi Jea cool lagi huhu… Kejadian malam semalam sangat adventure

Yayang dan Jea


{picture – Delifrance, KLCC – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

Pet & collection!

Salam & hye…

Binatang peliharaan saye 🙂 Name beliau adalah GUTSY

Komik saye yang terbaru 🙂

{picture – Sek.17, Shah Alam & Kinokuniya, KLCC – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

September 24, 2008

Birthday Tina & Keyrel

Salam 24 Ramadhan,

Tinggal beberapa hari sahaja kita akan bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. Saye sempat juga berbuka puasa bersama rakan-rakan office. Sambil berbuka sedikit surprise telah dilakukan (idea Fiza 🙂 ). Seperti biasa time makan adalah time yang sangat best. Uwaa.. lapo…

MENU:
1. Ikan siakap tiga rasa
2. Kailan goreng
3. Telor bistik
4. Sotong goreng tepong
5. Tom yam campur
6. Ulam & sambal belacan
7. Air : Fresh oren, sirap bandung, kopi jantan (eh silap!), milo suam
TOTAL = RM 73.00 (makan untuk 4 orang) amacam?? moley…?

{picture – somewhere at Serdang – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

September 23, 2008

Sidang Reunion Machang-Puncak Perdana Bil.1

Salam semua,

Saturday last week (20 Sept 2008), menjadi 1 sejarah. Berada di Kenny Rogers Roasters, Mid Valley bersama dengan beberapa teman yang hampir 5 tahun tidak bersua (bukan semua la…). Kami mula bercerita tentang zaman dulu kala dan seterusnya masuk ke dunia kerjaya. Ya, masing-masing sudah bekerja yang bagus-bagus. Saye selaku tukang pencari tempat untuk aktiviti berbuka puasa berasa sangat puas hati dengan situasi tersebut. Semua orang berpuas hati. Itu sudah pasti!

Dan ada antara kami yang sempat mengedarkan kad jemputan kawen. Hmm… Ya, sudah ramai teman-teman saye yang berkahwin. Anak pun sudah dua tiga. So, Amien… Insyallah aku datang! Tapi maybe lambat sikit lah… Sape suruh kawen hari Jumaat!!! Ape pun, congratulation!!





{picture at Mid Valley – photo by yisuzy & badul, model: nokia n73me & unknown}

September 20, 2008

Video Kenangan IS223 Jun2004 – Jun2006

Salam Ramadhan,

Petang ini kami beramai-ramai akan mengadakan sidang reunion (berbuka puasa bersama-sama) untuk pertama kalinya selepas 2 tahun meninggalkan aktiviti pembelajaran di UiTM Puncak Perdana. Tempat yang kami pilih adalah Kenny Rogers Roaster di Mid Valley. Story kat sane akan di update next entry. Sebelum tu, jom layan video yang telah kami sediakan untuk Dinner IS223 2006.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=-cev5Weqexk]

p/s: video dicilok di youtube ; diupload oleh mister amien ; yisuzy telah mendownload 🙂