Ayat-Ayat Cinta

Novel Ayat-Ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus. Penghayatan yang sangat berkesan. Plot cerita yang complete dan mempunyai maksud. Cerita cinta, budaya, etika, dakwah dan sebagainya. Dengan bantuan footnote membuatkan yisuzy benar-benar faham akan keseluruhan cerita walaupun novel ini diselitkan dengan bahasa-bahasa lain (Arab, Jerman, Inggeris).

Penulis iaitu Habiburrahman El Shirazy berjaya menggambarkan latar sosiobudaya dan suasana di Timur Tengah (Cairo) dengan kepanasan 41 darjah. Walaupun yisuzy tak penah ke Mesir tetapi melaluinya saja sudah membuatkan diri yisuzy berada di sana.

Ternyata ‘Ayat-Ayat Cinta’ membuatkan yisuzy “cair” 🙂

‘Ayat-Ayat Cinta’ menceritakan mengenai seorang lelaki, Fahri, dari Indonesia yang belajar di University Al-Azhar, Mesir. Cerita mengenai perjalanan hidup seorang pelajar dan siapakah Aisha, Maria, Nurul dan Noura. Tajuk novel ini sebenarnya bukanlah menggambarkan cerita yang mempunyai unsur-unsur jiwang tetapi banyak nasihat dan pengetahuan yang ingin disampaikan dan semuanya betul-betul sampai kepada si pembaca. Ia memang sebuah novel pembangun jiwa. Bagaimana cara hidup masyarakat Islam yang benar-benar Islam. Ayat yang digunakan sangat puitis sehingga membuatkan mata yang mengantuk kembali segar. Sesegar tiupan sepoi angin malam…

{scan by shidah, model: CopiBook}

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
https://suzila.munmon.com/2008/01/ayat-ayat-cinta/trackback/

Comments

aku tak baca novel-novel ni…
tapi aku suka baca satu buku tu. tajuknya ialah: Permata Yang Hilang. sekian.

aku tak baca novel-novel ni…
tapi aku suka baca satu buku tu. tajuknya ialah: “Permata Yang Hilang”. sekian.

oitss… jgn la komen lagi… ayat ni tak abis lagi ar….

ok siap…!!! ehhe

Salaam. Personally, rasa novel Ayat2 Cinta lain dari yang lain. Rasa dekat di hati sbb yg digambarkan dlm citer ni adalah student life yang soleh, tapi macam real & kita somehow tak rasa pun ‘dry’ atau ‘poyo ah watak tu’. Paham ke? hehe. Sebab kadang2 bila kita baca kisah sahabat Nabi ke, kita rasa mereka terlampau bagus & jauh beza dgn kita, susah sesangat nak contohi. Bila baca novel ni… rasa… it is not impossible pun untuk jadi baik mcm Fahri ni. And I’ve been to Cairo….yup, Habiburrahman El-Shirazy speaks the naked truth about Egypt in this book! =)

yes!! IrelandGurl dh sampai Cairo.

min,

nanti aku hadiahkan semasa hari perkahwinan hang na… penting novel tu untuk org2 muda…

budak sekolah rendah pon suka bacha buku tu, very informative….

hai………………

sapa yg nk kawen ni axl rose

Post a comment