February 3, 2013

Congrats Ateh

Salam…

Sudah lama tidak menjengah ke sini… Ape pun congrats Ateh. Kerna sudah menjadi tunangan orang… Sila banyakkan bersabar dengan dugaan, cobaan dan rintangan…

Penat kami masih belum rebah… Anak2 sudah dihantar ke kampung Shah Alam :-)… Rindu pulak telatah nakal mereka…

image

Rekaan awal pelamin

image

Dan... hasilnya...

[posted via Galaxy S3]

July 22, 2012

Majlis Aqiqah, Tahlil & Kesyukuran

Alhamdullilah tanggal 7/7/2012 selesai sudah niat family kecil saye untuk Aqiqah Sara & Adam. Nak buat Sara punya dulu… habis pantang saye praggy lagi… Nak buat after Adam asyik bertangguh-tangguh dan tangguh… Jadinya majlis di buat waktu Sara 1 tahun 10 bulan dan Adam 11 bulan.

Dengan planning yang hanya 2 minggu… Saye gagahkan jugak menyettlekan beberapa perkara seperti kambing, menu, sape nak masak, canopi, dessert, mini pelamin, candy bar, souvenir, yassin from Gifted, pak imam, orang-orang masjid, buffet set, pinggan mangkuk dan beberapa menu yang mak saye nak masak sendiri (Main menu kasi tempah orang lain masak). Tu tak masuk lagi baju kami anak beranak… Erggghh… pening! Nasib baik saye ada family yang sudi membantu. Tenkiyu yea… 🙂

Dan… Abah pesan masa saye nak tengok proses pemilihan kambing dan penyembelihan (bab yang tu saye duduk jauh-jauh. Tak sanggup!)… “Bawak aje Sara dengan Adam tu… Biar dia tengok kenderaan yang dia nak naik nanti” Sempat juge Sara dan Adam membelai kambing masing-masing 🙂

Yea, waktu itu di tapak penyembelihan ada beberapa ekor ayam anak-beranak berlari-lari bersukaan. Saye pandang si kakak. Rasanya dia macam pelik. Terus saye kata, “Itu chicken sayang…” Lantas Sara berkata, “Mam!” Hadooiii… anak saye yang seorang ni… Geleng kepala…

Penatnya macam majlis kenduri kawen… 🙂 Dan… ada juga tetamu yang bertanya… “Emm… mana mak pengantin?… mana bapak pengantin?” (refer to saye & en.suami). Alhamdulillah sekali lagi. Tiada lauk yang dibazirkan. Terima kasih pada yang hadir. Yang tak dapat hadir takpe lah lain tahun ada… (Wah! takutnyeee…)

Lakaran awal mini pelamin

Lakaran akhir

Hasilnya... (tak sama langsung dengan lakaran!)

Untuk tarikan kanak-kanak. Tapi mak budak pun tertarik 🙂

Buku Yassin... TQ Gifted from fb 🙂

May 7, 2011

Mother’s Day Celeb :-)

As Salam semua,

Saya sedang memikirkan menu untuk sambutan Hari Ibu esok. Saya ada 2 orang ibu yang saya sayang 🙂

Planning nak buat puding roti. Dan maybe ada …hmm… ntah la. Lom decide lagi. Spegeti, popia goreng, sandwich. Something yang senang untuk dibuat laa…

Memandangkan perut saya semakin membesar… pergerakan terbatas… nak bawak diri pun macam tak larat… pinggang sakit, kaki sakit… tapi saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk masak.

Sebelah paginya saya akan celebrate bersama keluarga mertua di Gombak dan lepas tu terus bergegas ke Shah Alam berjumpa mak yang saya sayang yang dah tak berapa.sehat.

Hmm.. saya masih ingat lagi mak dulu penah cakap pada saya… “jie, bila nak besar ni penat mak bagi makan hari2” hehehe… mak, uji dah besar sekarang… nak ada 2 anak dah kekeke…

Mak, bole tak suap uji makan macam dulu2. Uji teringin la… Nasi lauk ikan goreng dengan kicap. Tu faveret uji. Mak suap uji comot2 tau… hehehe…

Ok la, saya nak mandi dan bersiap2 pegi giant. Nak membeli barang2 untuk esok….

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu yea… Bye 🙂

January 23, 2010

Ini rupanya plan mereka…

Salam,

Adapun di sini sudah hampir 1 bulan 1 minggu dan 4 hari saya menjadi isteri kepada En. Suami saya. Yea, beliau memang seorang yang kelakar. Itu sudah saya maklum sebelum En. Suami menggoncang tangan ‘Abang Kodhi’. Saya sungguh bertuah kerana mempunyai family yang sangat besar dan ramai. Family saya, family En. Suami dan juga family di rumah Cheras serta kawan-kawan saya (itu pun saya panggil family juga sebab memang mereka sebahagian daripada saya).

Suka benar saya nak bercerita mengenai surprise yang En. Suami buat sewaktu jam di dinding tepat 12:00am 22 Jan. 2010. Haha! Suprise yang terpaksa dibuat mengikut plan B. Kerana pada asalnya iaitu plan A tidak berjaya. En. Suami bersama kawan-kawannya (Redzha, Mira, Cipan, Linda, Stone & Azee Bilson) rupanya sudah awal-awal lagi ready membeli kek yang saya suka (chocolate cake). Saya yang terlelap di atas couch terjaga pada 11:50pm (tengok jam tapi dah tak ingat pasal birthday… tak tau pun plan diorang… yelah tengah mamai-mamai…). Bangun tidur tengok ramai orang tengah sembang-sebang. En. Suami tengah main gitar, ada yang tengah makan, Stone tengah layan tengok cerita hantu. (Ntah ape-ape lagi lah!). Saya terus makan ubat saya (Asid Folic dan Evening Primrose Oil) lalu terus baring semula di atas couch untuk layan tidur balik 🙂 . Dan tiba-tiba semua orang bangun… ntah pegi mana… hall jadi kosong… tinggal saya sorang… Ahh… lantak lah malas nak pikir… Saya mahu tidur… En. Suami padam lampu… Maybe nak bagi senang saya tidur. Tengah layan mata… tiba-tiba… En. Suami, Redzha, Mira, Cipan, Linda, Stone, Azee Bilson ada kat depan mata sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan kek dan lilin sebatang. Haha! Ini rupanya plan diorang… 🙂 Thank you lah kawan-kawan… Saya sangat suka… 😎

February 7, 2009

22 January…

Aghh… saye sudah semakin tua…

Di tempat kerja…

-)

delivery from 'Awak' 🙂


Dari Unit Penjilidan... thanks guys!

Dari Unit Penjilidan... thanks guys!


23012009129

Di The Garden…
‘Awak’ & saye makan-makan di Tony Romas pastu terus catch movie 🙂
[pictures ada kat ‘Awak’. So, next time will upload 🙂 ]

Di Rumah Shah Alam…

Nyum nyum

Nyum nyum


Chocolate Fudge

Chocolate Fudge


Birthday Gurl January

Birthday Gurl January

December 29, 2008

Ma'al Hijrah 1430

Wishing all my Muslim brothers and sisters Salam Ma’al Hijrah

Selamat Bertunang – Najeeb & Nana

Salam…

Last week (Saturday) saye ke Pahang untuk menguruskan urusan peminangan dan pertunangan. Congratulation to Najeeb & Nana. 🙂 Perjalanan selama 3 jam memang sangat meletihkan. 11 dulang berbalas 13 dulang saye kira cukup banyak untuk majlis pertunangan antara Selangor dan Pahang (kesian kat orang yang mengusung dulang). Settle je majlis, kami terus berangkat pulang.

Suzy & Nana

Suzy & Nana


The Hantaran

The Hantaran

{picture at Keratong, Pahang – photo by yisuzy & Syifaa ; model: nokia n73me}

November 21, 2008

Induction Course – 3 weeks

So tired but happening… so bored but best… so corporate but enjoy…

3 minggu kursus induksi di Fakulti Pertanian 2, UPM. Pelbagai aktiviti dah dibuat. Dengar ceramah, presentation, bercucuk tanam (tanam pokok pisang), tengok anak ayam, jungle tracking. Tapi memancing dan ke taman buah-buahan je tak dapat. Its ok!! tada hal punye 🙂 So now tinggal lagi 1 week. Next week akan ke Parlimen. Nak buat ape kat sane still blur lah!! Assignment belom settle! Note belom baca! (untuk exam 3rd Dec 2008). Kerja melambak kat office… Tak tau nak start yang mana… Rasa sangatlah malas untuk berfikir time macam nih…

17112008751

{picture at Fakulti Pertanian – photo by yisuzy, model: nokia n73me}

October 23, 2008

Librarian bukan sahaja mengeCOP buku

Yes, betol tuh…

Banyak lagi aktivti yang harus di’settle’kan oleh Librarian. Selain kerja-kerja hakiki yang harus dibereskan, saye juga diminta melakukan kerja-kerja diluar bidang sewaktu Majlis Konvokesyen UPM ke-32 pada 21 October 2008. Majlis berlangsung selama 5 hari dari 18th-22nd October 2008… Menjadi penolong pendaftar yang diminta untuk berada di atas stage dan menyampaikan skrol adalah satu pengalaman yang sangat best…


Jubah Master UPM

{picture at UPM – photo by yisuzy & Roziana, model: nokia n73me}

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=-wAJNUm475o]

Lagu UPM

October 20, 2008

Cukur Jambul & Aqiqah – Putri Natasha Suzana

Hmm…

Ahad lepas, 19 October 2008… Majlis Cukur Jambul & Aqiqah untuk Putri Natasha Suzana yang laher pada 31 August 2008. Yang bagus nyer ‘Pinky Gurl’ tak meragam pon hari tu… 😉

Aunty Suzy & Putri Shasha 🙂

Mommy & Putri Shasha… Abie mane??

{picture at Bangi – photo by yisuzy & yayang, model: nokia n73me}