July 22, 2012

Kami yang mereng

Copy link entry iza_hafizah… Rajin sungguh dia cerita pasal kami yang mereng :-p

1. Reunion PSAS
2. Pacak tumit, lengan paras
3. Musim Durian
4. Owh… saya nak bercuti

Majlis Aqiqah, Tahlil & Kesyukuran

Alhamdullilah tanggal 7/7/2012 selesai sudah niat family kecil saye untuk Aqiqah Sara & Adam. Nak buat Sara punya dulu… habis pantang saye praggy lagi… Nak buat after Adam asyik bertangguh-tangguh dan tangguh… Jadinya majlis di buat waktu Sara 1 tahun 10 bulan dan Adam 11 bulan.

Dengan planning yang hanya 2 minggu… Saye gagahkan jugak menyettlekan beberapa perkara seperti kambing, menu, sape nak masak, canopi, dessert, mini pelamin, candy bar, souvenir, yassin from Gifted, pak imam, orang-orang masjid, buffet set, pinggan mangkuk dan beberapa menu yang mak saye nak masak sendiri (Main menu kasi tempah orang lain masak). Tu tak masuk lagi baju kami anak beranak… Erggghh… pening! Nasib baik saye ada family yang sudi membantu. Tenkiyu yea… 🙂

Dan… Abah pesan masa saye nak tengok proses pemilihan kambing dan penyembelihan (bab yang tu saye duduk jauh-jauh. Tak sanggup!)… “Bawak aje Sara dengan Adam tu… Biar dia tengok kenderaan yang dia nak naik nanti” Sempat juge Sara dan Adam membelai kambing masing-masing 🙂

Yea, waktu itu di tapak penyembelihan ada beberapa ekor ayam anak-beranak berlari-lari bersukaan. Saye pandang si kakak. Rasanya dia macam pelik. Terus saye kata, “Itu chicken sayang…” Lantas Sara berkata, “Mam!” Hadooiii… anak saye yang seorang ni… Geleng kepala…

Penatnya macam majlis kenduri kawen… 🙂 Dan… ada juga tetamu yang bertanya… “Emm… mana mak pengantin?… mana bapak pengantin?” (refer to saye & en.suami). Alhamdulillah sekali lagi. Tiada lauk yang dibazirkan. Terima kasih pada yang hadir. Yang tak dapat hadir takpe lah lain tahun ada… (Wah! takutnyeee…)

Lakaran awal mini pelamin

Lakaran akhir

Hasilnya... (tak sama langsung dengan lakaran!)

Untuk tarikan kanak-kanak. Tapi mak budak pun tertarik 🙂

Buku Yassin... TQ Gifted from fb 🙂

Syndrom kerajinan…

Salam Ramadhan,

Tetiba terajin pulak nak menggubah bunga. Mau order ka? Bole aje… Pilih mau color ape… Saye bole tolong bikinkan… Heee… Hai la impian… Bila saye bole ada kedai bunga sendiri… Saye nak jadi Rosalinda pleasee… 🙂


June 12, 2012

Im coming home

Dah tak sabar ni… Bila nak siap… Cepat la siap… Saye dah plan macam-macam… Saye nak design macam-macam… (macam la duit tu boleh petik kat pokok)… Tunggu la… Tak lama… Lagi 2 tahun… Hah!

Enche Suami sedang mengalami sindrom kerajinan untuk memasak... Hai! masak apa tu?

June 11, 2012

Pekebun berjaya…

Al-kisah maka tersebutlah kisah,

Tiba-tiba kami rajin nak mengemas belakang rumah yang tersangatlah bersemak samun… Kalau rumput rampai tu boleh dijual macam jual sayur… Confirm boleh kaya hasil jualan sayur… Hehehe… 😆

Peralatan ninja yang diperlukan... Semuanya baru... heee...

Tanaman menghijau... cet!


Protection!!


Selesai sudah...

Dan… kami kepenatan lantas membeli air cendol bersama laksa… hmmm… zzzz… Eh! jap jap jap… bilanye yang nak tanam stoberi ni?

February 7, 2012

Weil weill…

Pukul 1.45am jadi… Salam pagi,

Malam masih muda 🙂 Malam cuti Thaipusam ini saye ditemani secawan teh o panas hasil air tangan en.suami. Menyiapkan sedikit kerja-kerja ofis dan juga kerja-kerja personal. Sambil melayan lagu-lagu jiwa muda di youtube. Oh Literature Review… dari saye belajar dulu sampai ler sekarang. Saye sangat tidak suka awak. Nasib baik Unifi ada… Sekelip mata download pun siap! Fuuhhh…

January 1, 2012

Al-Fatihah Ibu Mertuaku

Salam 2012,

Sudah satu minggu kejadian itu. Kejadian yang setiap orang akan alami. Satu kejadian yang maha hebat. Kejadian di mana kita kembali kepada penciptanya.

Entah kenapa perasaan ini mahu EL di kala itu. Ya, Tuhan itu maha hebat. Dia yang menentukan segalanya. Malam sebelum kejadian saye lihat wajahnya sugul, tak bermaya, lesu. Bila ditanya dia berkata sakit urat. Saye andaikan mungkin sakit akibat proses chemotherapy.

Aaahh… Ketika entri ini ditulis. Saye tidak dapat menahan sebak didada. Kerongkong ini serasa seperti saye menelan seketul batu yang amat besar. Sakit.

Tuhan, Dikau maha hebat. Dikau maha berkuasa. Dikau yang menghidupkan dan Dikau juga yang mematikan. Sakit mama itu hanya alasan bukan? Yang pasti ajalnya sudah sampai. Masanya sudah tiba. Tiada siapa yang mampu menahan kuasa Mu, Tuhan.

Siapa sangka tahun 2011 yang dimulakan dengan kelahiran cucu cucu cucu. Annurzara Qaireen Afreena, Annas Muaimin dan Qayzer Adam Munawar. Dan saye, baru beberapa hari meraikan hari kelahiran En. Suami. Gembiranya tatkala itu. Dan tiada siapa jua menduga tanggal 28 Disember 2011, mama pergi. Pergi untuk selamanya. Pergi meninggalkan urusan dunia.

Kami tak mungkin dapat makan masakannya yang sedap. Ya, itu kuasa air tangan saye kira. Sempat juga saye belajar resepi keluarga Ayam Golek. Hanya ayam golek.

Mama, tenanglah dikau disana. Kami disini akan senantiasa merindumu. Al-Fatihah Ibu Mertuaku…

December 9, 2011

Bila?

Salam…

Sudah tidak tertahan… Bilakah agaknya… Menanti waktu… detik… masa… Dan, saye menangung ketidakselesaan di mata dan di kepala… Sepertinya saya mahu bukak kepala ini dan cuci di sinki… Cabut 2 biji mata dan cuci jugak disinki… Hadoiyai…

December 6, 2011

Rabunkah saye?

Salam & Sejahtera semua hendaknya,

Saye sakit mata… Sakit kepala… Migrainkah saye?… Adoiyai… Kalau jumpa doktor confirm ada ubat yang harus dimakan. Boleh bagi ubat syrup tak doktor kekeke… Adakah saye perlu pakai ini…

Oh tidak! Saye tak mahu!

September 25, 2011

Sleep sleep sleep… Lalala…

Salam pagi Ahad,

Saye masih belum tido. Bukan tengok bola tapi menjaga 2 anak kecil yang takmo tido 🙂 Hai itu lah dia ragam budak-budak. Si Sara memang agak liat nak tido. Tiap-tiap malam pun macam ni. Asyik nak main masak-masak je. Si Adam pulak hmm… Ntahlah. Kembung perut ke? Taklah. Pupu ke? Tak jugak. Nak susu? Dah kenyang dah dia. Nak kena bagi dodoi kuasa 8 ni. Nasib baik tuhan bagi kita 2 tangan. Sebelah untuk Sara dan sebelah lagi untuk Adam. Tido yea sayangku…

(Posted by Android HTC Desire Z)