8 Mac 2007 – Hari Wanita Antarabangsa

Salam semua,

Setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada tanggal 8 Mac. Mungkin ramai yang tidak menyedari sambutan berkenaan kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita biasanya diraikan pada 25 Ogos.

Tarikh berkenaan dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diisytiharkan pada 1961.

Sejarah sambutan Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya jika diimbas kembali bermula pada 1910 tetapi wanita di Amerika Syarikat (AS) mula meraikan Hari Wanita peringkat kebangsaannya pada 1908 yang secara tidak langsung menjadi ilham untuk menggerakkan acara berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Pada mulanya sambutan itu dilihat sebagai cara bagi wanita menuntut hak asasi dan berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.

Namun, pada 1910 seorang sosialis AS, Lena Hewis mengumumkan bahawa tanggal 8 Mac bukanlah bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada dan hari ini di radio banyak juga topik yang menceritakan mengenai wanita termasuk yang saya dengar pagi tadi topik pagi hot.fm dan radio era adalah mengenai wanita. Manakala gitu-gitu apek (radio era) juga menceritakan mengenai Hari Wanita Antarabangsa.

Apabila menceritakan perihal wanita, saya mula terpanggil untuk memberitahu bahawa ada seorang wanita di dunia ini yang amat saya sayangi, hormati dan bangga. Dia merupakan seorang wanita tua yang masih lagi kuat untuk melakukan tugas-tugas harian dan juga pekerjaannya. Yes!! Itulah ibu saya sendiri. Pn. Aisyah Salleh isteri kepada En. Mohamad Kassim Denan.

Sayaaanggg mak….!!! Emuaks! Emuaks! Bye… 🙂

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2007/03/8-mac-2007-hari-wanita-antarabangsa/trackback/

Comments

tanpa WANITA, siapelah lelaki..huhu

betol tu eagle911… yes! yes! yes!

betul jugak tu…
tapi tanpa kehadiran lelaki, pompuan pon tak bule wujud jugak….
oleh itu.. kena la bertolak ansur…
kerna kalau satu pihak ja.. benda tak kan jadi…
bak kata pepatah.. kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi..

begitulah adanya… idup pompuan…

kalau tepuk sebelah tangan tp tepuk kat dinding ke meja ke bbunyi jgk amy…

hahaha amy rose terkene lagi..adoii..

cam kenal???dimana yer….

Post a comment