Mother’s Day Celeb :-)

As Salam semua,

Saya sedang memikirkan menu untuk sambutan Hari Ibu esok. Saya ada 2 orang ibu yang saya sayang :-)

Planning nak buat puding roti. Dan maybe ada …hmm… ntah la. Lom decide lagi. Spegeti, popia goreng, sandwich. Something yang senang untuk dibuat laa…

Memandangkan perut saya semakin membesar… pergerakan terbatas… nak bawak diri pun macam tak larat… pinggang sakit, kaki sakit… tapi saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk masak.

Sebelah paginya saya akan celebrate bersama keluarga mertua di Gombak dan lepas tu terus bergegas ke Shah Alam berjumpa mak yang saya sayang yang dah tak berapa.sehat.

Hmm.. saya masih ingat lagi mak dulu penah cakap pada saya… “jie, bila nak besar ni penat mak bagi makan hari2″ hehehe… mak, uji dah besar sekarang… nak ada 2 anak dah kekeke…

Mak, bole tak suap uji makan macam dulu2. Uji teringin la… Nasi lauk ikan goreng dengan kicap. Tu faveret uji. Mak suap uji comot2 tau… hehehe…

Ok la, saya nak mandi dan bersiap2 pegi giant. Nak membeli barang2 untuk esok….

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu yea… Bye :-)

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://suzila.munmon.com/2011/05/mothers-day-celeb/trackback/

Post a comment