June 13, 2013

Mocha butterscotch cupcakes

Suzila,

Adakah kamu susah hilang akal bikin cupcakes di malam buta ini?

Bukankah Encik Ahmad sedang berdiet?

Bukankah kamu juga sedang berdiet?

Haddoii!

image

Tersangat sedap mocha cupcakes bersama intinya adalah butterscotch dan buttercream icing.

Ok enough lah! Esok puasa!

[Send via Galaxy S3]

March 22, 2013

Home made waffle aka pancake aka lempeng

Salam,

Oleh kerana beberapa hari ini amatlah teringin nak makan waffle (dalam erti kata lain hari-hari nak makan tanpa rasa jemu)… saye gagahkan diri untuk buat sendiri menggunakan sandwich toaster (sebab waffle toaster takde :-p )…

image

Cara membuatnya…
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik instant yeast
1 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit butter dicairkan
sedikit gula
sedikit garam
esen vanila
air suam

Kacau semua bahan guna whisk. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Letak di dalam pan yang panas. Masak sehingga kekuningan… Dah siap boleh makan bersama peanut butter or nutella yeay!

Posted via Galaxy S3

April 7, 2011

Sambal Itam

Saye memang suka makan… Kalau dulu before marriage saye dan adik saye suka masak sama², buat kek sama², buat cookies sama²…. Spaghetti, Lasagne, Cupcake, bla bla bla… Tapi sekarang saye tak punya banyak masa nak buat semua tu. Teringin tapi MALAS! 🙂

Resepi Sambal Itam
Belimbing Buluh di rebus sehingga bertukar warna dan sifatnya.

Bahan A:
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Api
Ikan Bilis
Belacan

Cara:
Tumbuk Bahan A sehingga tangan anda penat :-). Masukkan Belimbing yang dah direbus lalu tumbuk lagi sehingga betul² tak larat nak mengangkat tangan. Boleh tukar tangan kanan or tangan kiri. Tumis semua bahan tadi sehingga benar² kelihatan menarik untuk dimakan.

Note:
Kalau anda suka masin² bubuh la garam yea… Selamat mencuba!

{sumber foto : Samsung ES55}

January 13, 2011

Saye suka makan Sadin (^_^)

Salam pagi semua,

“Saye suka makan Sadin” adalah topik yang dah lama terbiar di dalam Draft WordPress saye ni. Saye teror masak Sadin. Sadin boleh di masak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau hari-hari lauk Sadin pun OK 🙂 .

sadin-kicap


sadin-lemak


sadin-sambal


{sumber foto : google}

May 30, 2010

Shhh… diet

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera…

Di pagi Ahad yang indah ini, di temani dengan cerita-cerita babun di Channell National Geographic. Sambil saye melihat-lihat facebook, boleh juga saye memotong-motong sayur di dapur. Hajat di hati mahu bikin sup sayur untuk en. Suami yang sedang berdiet. Ya, perempuan sememangnya mempunyai kelebihan yang tiada pada lelaki (kalau ada pun bersamaan dengan nisbah 1:100,000,000). Boleh melakukan banyak aktiviti dalam satu masa.

Hmmm… berbalik dengan aktiviti berdiet en. Suami, suka saye katakan aktiviti berdiet beliau telah membuatkan saye sangat suke karna saye tidak perlu masak yang heavy-heavy. Banyak juga menu yang saye buat dalam seminggu beliau berdiet (mesti la kena support). Sup sayur (celery, carrot, mushroom, fish ball, potato, tomato), roti wholegrain, scrambled eggs menggunakan olive oil (putih telur sahaja tau! yang kuning nanti saye buat chocolate cake huhu…), oatmeal, dan sebagai snek beliau akan makan epal hijau atau baby tomato (cherry honey) serta minuman yang tiada gula.

Minuman berkhasiat lain yang saye akan buat adalah “Celery + Epal Hijau”. Blend saje, no sugar please… Boleh juga tukar dengan “Celery + Grape Hijau”.

Ada recipe lain tak? Boleh share? Ok lah, babai…

May 22, 2010

Pasta: Fusili Mun Sayang Suzila Cinta Tanpa Belah Bagi

Salam dan semoga anda semua sehat sejahtera di samping keluarga (^_^)

Saye suka pasta yang dimasak oleh En. Suami 🙂 Beliau memang mempunyai citarasa barat yang kadang-kadang saye rasa agak melampau huhu… Last weekend, dengan rajinnya beliau telah memasak pasta sebagai lunch menu kami… (ini memang kedengaran agak best bagi isteri-isteri yang mahu berehat-rehat di hujung minggu). Silalah cuba resepi ini…

Cara-cara:
Panaskan sedikit olive oil di dalam kuali
Masukkan *bawang besar (lagi sedap gunakan yellow onion)
Masukkan *bawang putih
Masukkan udang yang telah dibuang kulit
Masukkan *carrot
Masukkan *capsicum (nak cantik gunakan 3 biji color yang berbeza – red, yellow, green)
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan Italian herbs secukup rasa (MasterFoods Brand)
Masukkan All purpose seasoning secukup rasa (MasterFoods Brand)
Masukkan Cajun secukup rasa (MasterFoods Brand)
Tutup api
Masukkan pasta (saye guna fusili) yang telah direbus
Taburkan ground black pepper sesuka hati
Transfer ke dalam mangkuk yang cantik
Sedia untuk dimakan
p/s: * = potong dadu