Salam Semua,
Saye sudah ada baby gurl 🙂 Saye sangat suka… Sudah hampir 4 bulan usianya. Syukur Alhamdullillah. 2 hari admit memang sangat menguji tahap kekuatan fizikal dan mental. 3 jam di Labour Room. Adoiii… Sakitnya masih terasa².
Akhirnya 20 September 2010 sang makhluk yang suka menendang² perut pun keluar dengan jayanya pada jam 12.50am secara normal hasil push sang ibu yang cukup teror dan cheer leader sang bapa yang mempunyai suara yang cukup power untuk memberi semangat dan motivasi kepada sang ibu 😉 . Juga kepada nurse² yang ramai bersama² bersorak di cuping telinga saye cukup memberi saye sedikit tenaga yang dah tak berapa nak ada.
A’eisya Qaisara Munawar… Yea itulah nama baby gurl saye… Idea sang bapa… Sang ibu hanya merepair ejaan sahaja 😉 Hehehe… Sara sekarang sudah bam bam. Hobinya selain kuat kentut dia gemar tido apabila kekenyangan.