As Salam,
Pada suatu hari, saye bersama dengan kawan-kawan saye berlari-lari merentas desa. Jalan raya banyak ditutup oleh pihak polis. Mereka menunjukkan kepada saye dan kawan-kawan laluan yang betul untuk merentas desa.
Tiba-tiba saye rasa saye sedang naik kereta bersama kawan-kawan saye. Ada 3 buah kereta semuanya. Saye dan kawan-kawan mahu membeli-belah di Shopping Mall. Sedang kawan saya mencari-cari tempat parking kereta, dengan tidak semana-mena ketiga-tiga kereta tadi terlibat dalam kemalangan. 2 buah kereta cedera ringan tetapi sebuah kereta terapung-apung di atas longkang yang amatlah besar saiznya.
Saye membantu kawan saye keluar dari kereta tersebut. Kami tak jadi shopping. Saye terus pulang ke rumah mengambil van bapak saye (bapak aku ada van ke?) dan terus pergi membantu kawan-kawan saye yang terlibat dalam kemalangan.
Kami terus berjumpa dengan Encik Polis. Encik Polis sangat garang. Dia menulis sesuatu di atas kertas. Saye rasa mungkin dia nak saman kami kereta memandu dalam keadaan merbahaya. Tapi… Encik Polis ada menjual Tau Fu Fa. Ada 4 perisa. Ada rasa kiwi, orange, honey dan chocolate. Sambil Encik Polis menulis sesuatu di kertasnya, saye telah memesan 4 Tau Fu Fa. 2 perisa honey dan 2 perisa chocolate.
Tiba-tiba saye dengar Ate Mote Mote menangis. Saye terjaga dari tidur. Rupa-rupanya saye bermimpi… cet!
Tag kawan-kawan yang terlibat dalam cerita ini: Rozie, Sham, Sal, Sha-e dan beberapa kawan lain yang saye tak kenal.