January 12, 2011

Mommy, Abie & Sara

Salam Semua,

Saye sudah ada baby gurl ๐Ÿ™‚ Saye sangat suka… Sudah hampir 4 bulan usianya. Syukur Alhamdullillah. 2 hari admit memang sangat menguji tahap kekuatan fizikal dan mental. 3 jam di Labour Room. Adoiii… Sakitnya masih terasaยฒ.

Akhirnya 20 September 2010 sang makhluk yang suka menendangยฒ perut pun keluar dengan jayanya pada jam 12.50am secara normal hasil push sang ibu yang cukup teror dan cheer leader sang bapa yang mempunyai suara yang cukup power untuk memberi semangat dan motivasi kepada sang ibu ๐Ÿ˜‰ . Juga kepada nurseยฒ yang ramai bersamaยฒ bersorak di cuping telinga saye cukup memberi saye sedikit tenaga yang dah tak berapa nak ada.

A’eisya Qaisara Munawar… Yea itulah nama baby gurl saye… Idea sang bapa… Sang ibu hanya merepair ejaan sahaja ๐Ÿ˜‰ Hehehe… Sara sekarang sudah bam bam. Hobinya selain kuat kentut dia gemar tido apabila kekenyangan.

December 29, 2010

Saye yang kemalasan

Salam Semua,

Ahhh… kemalasan yang tinggi melanda untuk menghupdate blog ini. Dari perut terboyot-boyot sampai la si kecil tu dah masuk 3 bulan umurnya. Dari duduk di Cheras sampai berpindah ke Pinggiran Batu Caves. Dari title isteri sekarang sudah bertambah menjadi mommy. Hmmm…

May 30, 2010

Shhh… diet

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera…

Di pagi Ahad yang indah ini, di temani dengan cerita-cerita babun di Channell National Geographic. Sambil saye melihat-lihat facebook, boleh juga saye memotong-motong sayur di dapur. Hajat di hati mahu bikin sup sayur untuk en. Suami yang sedang berdiet. Ya, perempuan sememangnya mempunyai kelebihan yang tiada pada lelaki (kalau ada pun bersamaan dengan nisbah 1:100,000,000). Boleh melakukan banyak aktiviti dalam satu masa.

Hmmm… berbalik dengan aktiviti berdiet en. Suami, suka saye katakan aktiviti berdiet beliau telah membuatkan saye sangat suke karna saye tidak perlu masak yang heavy-heavy. Banyak juga menu yang saye buat dalam seminggu beliau berdiet (mesti la kena support). Sup sayur (celery, carrot, mushroom, fish ball, potato, tomato), roti wholegrain, scrambled eggs menggunakan olive oil (putih telur sahaja tau! yang kuning nanti saye buat chocolate cake huhu…), oatmeal, dan sebagai snek beliau akan makan epal hijau atau baby tomato (cherry honey) serta minuman yang tiada gula.

Minuman berkhasiat lain yang saye akan buat adalah “Celery + Epal Hijau”. Blend saje, no sugar please… Boleh juga tukar dengan “Celery + Grape Hijau”.

Ada recipe lain tak? Boleh share? Ok lah, babai…

May 22, 2010

Pasta: Fusili Mun Sayang Suzila Cinta Tanpa Belah Bagi

Salam dan semoga anda semua sehat sejahtera di samping keluarga (^_^)

Saye suka pasta yang dimasak oleh En. Suami ๐Ÿ™‚ Beliau memang mempunyai citarasa barat yang kadang-kadang saye rasa agak melampau huhu… Last weekend, dengan rajinnya beliau telah memasak pasta sebagai lunch menu kami… (ini memang kedengaran agak best bagi isteri-isteri yang mahu berehat-rehat di hujung minggu). Silalah cuba resepi ini…

Cara-cara:
Panaskan sedikit olive oil di dalam kuali
Masukkan *bawang besar (lagi sedap gunakan yellow onion)
Masukkan *bawang putih
Masukkan udang yang telah dibuang kulit
Masukkan *carrot
Masukkan *capsicum (nak cantik gunakan 3 biji color yang berbeza – red, yellow, green)
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan Italian herbs secukup rasa (MasterFoods Brand)
Masukkan All purpose seasoning secukup rasa (MasterFoods Brand)
Masukkan Cajun secukup rasa (MasterFoods Brand)
Tutup api
Masukkan pasta (saye guna fusili) yang telah direbus
Taburkan ground black pepper sesuka hati
Transfer ke dalam mangkuk yang cantik
Sedia untuk dimakan
p/s: * = potong dadu

May 21, 2010

Side mirror yang horror

Hmm… Salam…

Kenapa? Sape buat? Saye tak suka… Tak suka ini terjadi… Saye tak perasan… Bila kejadian ini berlaku? Bila? Huh! Saye tak pernah langgar orang… Saye pemandu berhemah… Sudah 9 tahun saye memiliki lesen yang sah… Saye pemandu yang baik… Yang tiada sebarang rekod jenayah… Huh! Sedey… Sudah la…

May 18, 2010

Tahniah 8 IPT!

Salam Sejahtera. Semoga anda semua senantiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan,

Saye cuma mahu mengucapkan tahniah ke atas 8 buah IPT termasuk UPM (awam dan swasta) yang telah menerima status swa-akreditasi atau nama orang putihnya self-accreditation.

Info:
Institusi swa-akreditasi adalah satu status yang melayakkan IPT itu mengakreditasi sendiri program pengajian mereka (tanpa perlu mendapat kelulusan MQA dan KPT – hanya makluman sahaja).

Sekian.

May 13, 2010

Mana saye pegi?

Salam 1 Malaysia,

Hmm… bukan plan pun untuk pegi ke situ… Ia tidak pernah dirancang… Entah macamane en. Suami dan saye boleh pegi sana… Maybe kitorang dah takde arah tuju… Nak tengok movie, takde cerita yang best pada waktu itu… Tapi… ok jugak… Saye tak beli apa-apa… Cuma sekadar tengok-tengok… Kenapa saye tak beli apa-apa? Sebab saye tak tau nak beli apa… Huuu… Cuma saye suka… Ada banyak goodies yang saye dapat… Ada banyak free voucher… Sebab itu saye suka… Mana saye pegi Ahad lepas? Heee…

May 9, 2010

Selamat Hari Ibu (^_^)

Salam Semua dan tidak lupa juga kepada mak, ibu, mama, mummy, ummi, bonda (atau apa sahaja panggilan mereka) Selamat Hari Ibu ๐Ÿ™‚

Malam tadi saye sangat teringin nak makan ice blended chocolate dan indulgence kek. Lantas en. Suami memandu kereta kesayangannya (yang saya panggil washer machine bergerak… dulu la… sekarang tidak lagi ๐Ÿ˜‰ ) Dekat Cheras ni mana la nak cari Secret Recipe… Dengan ketangkasan pemikiran en. Suami dia terus memandu ke Tesco Ampang… Yea, di sana memang ada banyak kedai makan.

Pabila saye sedang makan dengan penuh syahdu bagaikan terbang di awang-awangan. En. Suami berkata “bila la anak aku nak keluar ni… Cepat la sikit bulan Oktober… Cepat la…” sambil matanya melihat terlalu ramai manusia lelaki yang sedang berjalan membawa anak-anak mereka yang comel ๐Ÿ˜Ž Dan… saya juga terlihat baju-baju yang comel dijual di booth berdekatan… Hahaha!!! Indah sungguh kurniaan Tuhan kepada saye… Mendapat en. Suami yang sangat kelakar… Yea betol! Beliau takde saye sunyi…

Terus saye teringat zaman 2005-2006 dahulu… Zaman saye student ‘U-i kecik-TM’ yang sedang mencari tempat untuk praktikel… Saye cari sendiri di internet tanpa pertolongan lecturer saye (sebab senarai tempat praktikel itu sangat boring huhu…) dan saya terjumpa PLF lalu saya buat satu panggilan…

Saye: Hello, selamat pagi, nama saya bla bla bla… student bla bla bla… (biasa la introduce diri ๐Ÿ™‚ )
Librarian: Yea hello ini P*r*a** L**de*s**p F**nd*t**n. Saya Ahmad Munawar bercakap
Saye: Saya sedang mencari tempat praktikel. Boleh ke saye bla bla bla & bla…

Librarian: Hmm… Bagus tu kita kat sini memang kekurangan kaki dan tangan… Awak hantar surat dan resume ke alamat yang ada di laman web bla bla bla…
Saye: Yea saye sedang bukak laman web itu
Librarian: Betul ke address yang awak bukak tu? Sebab kita ada address lama dan baru. Bukak yang baru ye bla bla bla… Yang ada gambar bla bla bla…

(Ish mamat ni… betul la aku bukak)
Dalam hati saye bayangkan orangnyer bersongkok aji dan ada janggut yang panjang sesuai betul dengan namanya ๐Ÿ™‚

Dan… hari pertama di tempat praktikel pun bermula…
Haha!! Surprise… orangnya tidak bersongkok aji dan sama sekali tidak ada janggut

Enuff said… cerita saya telah terkeluar dari tajuk… bersambung di keluaran akan datang… saya mahu pegi swimming ๐Ÿ™‚

May 6, 2010

Aktiviti jiran tetangga

Di hujung minggu memang best kalau ada banyak aktiviti… Sama jugak seperti yang terjadi di area rumah saye… Hujung minggu saye boleh mencuci mata… Melihat aktiviti yang sehat dari tingkat 23 rumah saye ๐Ÿ™‚

cukup seronok mereka berkelah ๐Ÿ™‚

Buku yang best :-)

Salam Semua ๐Ÿ™‚

Sudah hampir 4 bulan setengah… Perut saye juga bertambah besar… Baju pun banyak yang dah tak muat… En. Suami dan saye ada jugak beli buku untuk tambah info…



Ini buku-buku saye ๐Ÿ™‚ En. Suami pun ada buku dia jugak tau… ๐Ÿ˜Ž