November 30, 2006

Shika: Terima Kasih…

salam buat kalian semua… bulan ini merupakan bulan yang penuh dgn kisah2 dramatis. suka dan duka. kisah-kisah yang datang dan pergi. sama jugaklah dengan kawan-kawan saya di PLF ini. Kamalol dan Shika dah nak pegi. hari ini merupakan hari terakhir mereka. lepas ni giliran abg mas pulak (celebrity PLF). ape-ape pun terima kasih la pada Shika (walaupun kenal tak lama tapi kami sume mesra) kerana dia telah memberikan kepada semua kawan-kawanya satu souvenir yang sangat comei dan juga telah belanje kami breakfast nasi lemak. Terima kasih cayang… merci beaucoup!

comei.JPG

sh1.JPG

Kamarul: Tinggal Kenangan…

dsc_0844.JPG

Salam buat semua kawan-kawan ku… Tajuk pada hari ini memang btol2 buat diriku ini terasa sebak… Akhirnya tamatlah zaman kegemilangan Kamarul@Kamalol@Si Arjuna sebagai tuan president KLFC (Kak Lat Fan Club) di Perdana Leadership Foundation atau nama Melayunya Yayasan Kepimpinan Perdana kerana beliau telah terkesima dengan tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di sebuah syarikat swasta berbanding dengan di PLF ini sendiri. Beliau juga telah berterus-terang di sidang ‘press conference’ beberapa hari yang lalu bahawa beliau betol2 rase teruja kerana akhirnya beliau mendapat pekerjaan yang mungkin lebih baik sedikit untuk membiayai tanggungan beliau dimasa akan datang. Akhirnya hajat beliau tertunai dan selepas ini cita2nya makin memuncak ingin mengambil lesen. (Saya tidak berapa pasti lesen class mana yang ingin diambil oleh beliau).

Kamalol, tahniah di atas kejayaan anda…. ape2 pun jgn la lupekan kami disini yang masih terkapai2 bertungkus-lumus mencari sesuap nasi (ish ish ish sedihnya….). Kamalol, terima lah puisi yang ku cipta khas untuk dirimu…

Kamalol,
Masihku ingat lagi
Kali pertama ku kenalimu
Sangku…. Kau seorang yang amat serius
Namun…. Tidak sama sekali

Kamalol,
Kau yang ku kenal
Seorang yang funny-funny
Seorang pendengar yang baik bagiku
Seorang insan yang mampu buat ku ketawa tatkala ku sedang bersedih
Seorang insan yang sentiasa mempunyai idea2 humor yang bisa membuat sesiapa sahaja senang bergaul denganmu
Idea kelakamu itu akan ku kenang smpi bila2

Kamalol,
Aku tidak mempunyai ape2 untuk ku hadiahkan untukmu
Hanya aku mampu memberikan ucapan tahniahku [TAHNIAH TUAN PRESIDENT!!]

November 21, 2006

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara…

salam buat semua, harapnya kalian bahagia…

hujan… itulah topik kita pada hari ini… asal nak balik ofis je musti hujan… lebat pulak tu. ditambah pulak dengan angin yang bertiup kencang dan juga halilintar yang boleh membuatkan degup jantung ku berbunyi..dukdapdukdap (agaknye ler…). aarrrggghhh.. klu lambat balik musti jalan jem… ni yang den tak gemor nih… ok la rase2 macam dah reda… gua chow dulu la………………..

November 17, 2006

Convo Ku 2…

ooo3.JPG

convo1.JPG

Salam kembali…….

pejam celik pejam celik akhirnya abis jgk la pengajian ku di UiTM.. teringat balik dulu sikit lagi nak berenti je blaja sbb tak tahan dgn assignment, kawan2, environment, mcm2 la… sekarang berkat kesabaran akhirnya aku telah dapat memegang segulung ijazah BSC. INFO. STUD. (HONS.)(INFO. RES. CENTER MGT) alhamdulillah…. so skrg nih tgh bertungkus lumus smbl kje kat PLF nih sambil cari kje lain yg btol2 menjamin aku smpi tua… rase susah jgk cari kje dlm bidang library ni tp kene try la jgk…

Hari convo hari 2 mmg berbeza dgn convo diploma… diploma dulu yg dtg cume mak dgn abah je… tp kali nih sume family aku datang… mak, abah, a.mamat, k.ros, kak ana, ninie, ayu, aina d aiman ramai kan….. 🙂 bile dh ramai ni byk gelagat la yg paling nakal aiman kejap2 dia ckp……. atuk, aiman nak kencing…. ade lagi…….. atuk, aiman nak makan laksa la….. kejap2….. atuk, aiman nak KFC…. memang dia suke kacau atuk dia (apak aku la 2) kawan2 aku sume panggil dia sin chan sebab perangai sebijik sebijun macam sin chan…. palin dia suke berbogel kat umah…. ish ish ish……. dah melalut aku nih….. em ok la cite balik pasal convo hari 2 memang penat sangat tapi seronok ingat dapat salam mr potato lagi tp rupenya org lain lak dgn Tan Sri Arsyad Ayub pro-canselor UiTM

Bile dh jumpe kawan2 balik banyak la cite yg nk disembang… Ramai jgk la kawan2 yg dah kawin, dah bertunang ish jeles pulak rasenyer… aku nih bile lagi la…..

so… ape2 pun congrate la kat kawan2 yg dh convo ni xkesah la pointer bagus ke x jnji cabaran hidup nih kne hadapi dgn penuh kesabaran ok smile…………… 🙂 emmuuaakkssss…

November 10, 2006

Convo Ku…

Salam buat semua…

Rase mcm sekejap je dah nak konvo degree. Hai.. makin hari makin tua la. Tahun depan dah masuk 24 tahun. Cepatnyer…. Hari ahad ni bersamaan dengan 12hb nov. aku nak convo dah… Baju dah siap, kasut dah beli, jubah dah amik… bak kata orang sume dah settle la. Hopefully convo kali nih tak macam mase convo diploma dulu la… hehehe datang lambat la makeup punyer pasal… so rase xsabar nak tunggu hari ahad… Ish macam nak jadi pengantin pulak… yela mane tak nyer duit dah kuar banyak nih… klu bole sume nak nmpak perfect… ape2 pun aku berdoa moga-moga atas pentas nanti (mase nak salam dengan mr. potato) takde la terjatuh ke tersunggur ke… aduiiiii malu lar… (almaklumlah kasut tumit 3 inci) heheheheh………………… ni sume gambar2 mase convo diploma… next week kiter tgk lak gambar convo mase degree k.. to be continued…….

oit1.JPG

pp1.JPG

November 9, 2006

CINTA

cinta lahir pada hati seseorang… tanpa diketahui dia telah jatuh cinta padanya… ramai yang mati kerana cinta dan… ramai yang hidup kerana cinta… abadilah nama-nama yang berjuang kerana cinta seperti… romeo & juliet… shah jehan & mumtaz… laila & majnun… dan lain-lain … mereka berjuang kerana cinta… bagaimana pula dengan kita…???????????