Pukul 1.45am jadi… Salam pagi,

Pukul 1.45am jadi… Salam pagi,

Salam 2012,

Salam…

Salam pagi Ahad,
Saye masih belum tido. Bukan tengok bola tapi menjaga 2 anak kecil yang takmo tido
Hai itu lah dia ragam budak-budak. Si Sara memang agak liat nak tido. Tiap-tiap malam pun macam ni. Asyik nak main masak-masak je. Si Adam pulak hmm… Ntahlah. Kembung perut ke? Taklah. Pupu ke? Tak jugak. Nak susu? Dah kenyang dah dia. Nak kena bagi dodoi kuasa 8 ni. Nasib baik tuhan bagi kita 2 tangan. Sebelah untuk Sara dan sebelah lagi untuk Adam. Tido yea sayangku…
(Posted by Android HTC Desire Z)
Salam,
Ini malam penghujung Ramadhan. Ini malam datangnya Syawal. Dan… Ini malam juga malam terakhir saye di wad NICU menemankan anak kecil saye yang baru masuk usianya 1 minggu.
Kesian si kecil yang tak tau apa-apa ini. Tangan, kaki, bawah pusat semua ada bekas-bekas suntikan.
Qayzer Adam Munawar. Ya, saye suka akan nama itu. Malam ini dia agak tidak menentu moodnya. Takmo baring di katil sendiri tapi nak menyempit di katil bersama mommynya. Bukan kita tak kasi tapi nanti nurse marah. Sebab pernah ada satu kes, baby terjatuh dari katil.
Saye tak sabar nak tunggu esok. Tunggu Abie datang. Sudah 5 hari di sini. Cukuplah~
(Posted by Android HTC Desire Z)
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh,
Anakku,
Mommy, Abie, & Kakak Sara sangat sayang akan kamu
Jadilah anak yang soleh kerna kamu bakal menjadi imam muda ![]()
Pimpinlah keluargamu,
Taatlah kepada kedua orang tua mu (jika masih ada hayatnya)
Jangan sesekali abaikan ibadahmu kepada Yang Maha Esa
Dan jangan lupa, pelajaran itu sangat penting
Yea, sangat penting anakku
….
Sayang kamu…


Salam di pagi Jumaat yang sejuk,
Sekian.

As Salam,

Kalau sara demam
Abie & Mommy tak tidur malam
Kalau sara demam
Bulan bercahaya pun nampak suram
Kalau sara demam
Muka ceria boleh jadi muram
Sara anakku,
Abie & Mommy tak kesah nak berjaga malam… tak kesah nak melayan karenahmu itu… Abie & Mommy rindukan gelak gatal sara, omelan & cerita yang kami pun tak paham sama sekali, tak sabar nak main kejar-kejar merangkak sampai ke dapur, rindu nak cakap “Hah! Sara don’t touch. Come here. Cannot!”
Semoga cepat sembut yea anakku A’eisya Qaisara Munawar…
(Posted by Android HTC Desire Z)