May 15, 2008

Comic

Halu…

Sambil nak tunggu mata ni pejam, i post la antara koleksi komik yg i ade… So now i ade new hobby… huhu… baca comics… stupid punye hobi lah!!! Tak kesah janji i suka lukisan-lukisan comic tuh… Hahahaha…

Chow bebe… zzzzzz….

{picture at Sek.17, Shah Alam – photo by yisuzy, model: nokia N73me}

Kawin Muda

Haluu…

Hahahah… yeay again… tada cerita? tada apa… so, malam pun dah makin malam (actually nak tunggu American Next Top Model but mata tak tahan lar!). Sambil mengadap pc ni, browse sane browse sini, baca sane, bace sini (sambil dengar mp3) tetiba dengar lagu Agnes Monica – Tiada Logika… teringat something than nak post kat blog lah…

Cerita favourite nih… kawin muda… sekarang ade kat tv1 7.30pm dan leh tgk dari youtube. Mengisahkan Sera (Agnes Monica) 17 tahun dan masih bersekolah, tidak menyangka kalau kehidupannya bakal berubah. Telah dijodohkan sejak kecil oleh orang tua. Jodohnya yang sama-sama keras kepala dan berperangai kebudak-budakan membuat hidup mereka kacau bilau. Ternyata, berkawin muda tidaklah semudah yang mereka bayangkan. Sangat kelakar lah ini cerita… So, ape tunggu lagi jom kita nonton!!!

Pheewww… tata…

I'm back!!

Halu….

Wahaha… haven’t write for quite a long time… yeah… i’m back (setelah dikutuk oleh kawan-kawan)… with new theme… new header… new environment… new friends… i’m not a good writer or a good story teller… but i just want to write what ever i want!!! WHATEVER!!!

But now… i lost my mind… just stared at the screen… hahaha… giler ah!!! aku lupe ape aku nak cerita nih… giler… giler…

Enuf lah!!… tata…

January 22, 2008

Birthday Present 2008

Hahaha.. Viva. Hari ini dengan sukacitanya yisuzy mengisytiharkan bahawa SapphireViv adalah sebahagian daripada ‘jiwaku’. Terima kasih lah di atas hadiah ini…

{picture at Precinct 8, Putrajaya – photo by shimie, model: nokia N73 ; edit by yisuzy}

January 11, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Novel Ayat-Ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus. Penghayatan yang sangat berkesan. Plot cerita yang complete dan mempunyai maksud. Cerita cinta, budaya, etika, dakwah dan sebagainya. Dengan bantuan footnote membuatkan yisuzy benar-benar faham akan keseluruhan cerita walaupun novel ini diselitkan dengan bahasa-bahasa lain (Arab, Jerman, Inggeris).

Penulis iaitu Habiburrahman El Shirazy berjaya menggambarkan latar sosiobudaya dan suasana di Timur Tengah (Cairo) dengan kepanasan 41 darjah. Walaupun yisuzy tak penah ke Mesir tetapi melaluinya saja sudah membuatkan diri yisuzy berada di sana.

Ternyata ‘Ayat-Ayat Cinta’ membuatkan yisuzy “cair” 🙂

‘Ayat-Ayat Cinta’ menceritakan mengenai seorang lelaki, Fahri, dari Indonesia yang belajar di University Al-Azhar, Mesir. Cerita mengenai perjalanan hidup seorang pelajar dan siapakah Aisha, Maria, Nurul dan Noura. Tajuk novel ini sebenarnya bukanlah menggambarkan cerita yang mempunyai unsur-unsur jiwang tetapi banyak nasihat dan pengetahuan yang ingin disampaikan dan semuanya betul-betul sampai kepada si pembaca. Ia memang sebuah novel pembangun jiwa. Bagaimana cara hidup masyarakat Islam yang benar-benar Islam. Ayat yang digunakan sangat puitis sehingga membuatkan mata yang mengantuk kembali segar. Sesegar tiupan sepoi angin malam…

{scan by shidah, model: CopiBook}

December 31, 2007

Pelangi Petang – Sudirman

Cette chanson j’ai consacrĂ© Ă  mon amant. EspĂ©rez vous et moi, pour toujours et jamais. Je vous aime…

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapan ku…

ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya…

engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini…

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua…

Bonne Année 2008

Cepatnye dunia berputar. Rasa macam tak percaya 2008 makin hampir beberapa jam lagi. Umur pun makin meningkat. hmm… (mengeluh). 2007 bawa macam-macam cerita. Cerita kelakar, cerita sedih, cerita gembira, cerita dongeng, cerita cinta.. arghhh.. macam-macam laaa… Rasa macam nak balik ke awal 2007 nak repair mana yang tak betol. No!! Hidup mesti kena pandang ke depan… Yang dah lepas tu tinggalkan sebagai memori. Mmmm.. (senyum). Apa-apa pun kiter dah list “la missions de suzy 2008” haha.. Ada 11 list yang akan kiter capai (mungkin akan bertambah). Satu daripada list dah tercapai. Satu lagi akan tercapai dalam awal bulan 1 (birthday present for myself… hahaha…). Dan yang selebihnyer kiter just wait and see… Kalau dilihat 2007 punyer missions ada jugak la yang tercapai dan ada jugak yang hancur berkecai. So, malam ni takde plan ape-ape lagi. Just a simple dinner kot.

Last word… SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 dan Ă  mon amant – l’anniversaire tardif heureux.

September 11, 2007

Adikku sudah dewasa…


Adik yisuzy yang rambut kinteng-kinteng dah pun menghabiskan pengajian diplomanya selama 3 tahun di UniKL. So, that day rase excited la nengok yayang pagi-pagi lagi dah bersiap-siap. Siap praktis cara jalan atas stage lagi… Haha!! Yayang… Congratulation… 🙂 Jangan lupa sambung lagi for degree… Cayok!! Convocation for students – Universiti Kuala Lumpur, Diploma in Multimedia : Malaysian Institute of Infomation Technology at PICC, Putrajaya

{picture at PICC, Putrajaya – photo by Kakak Kiter, model: Ricoh Caplio R2}

August 31, 2007

Merdeka Kah Kiter?

Salam MERDEKA!!!! Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan kali ke-50. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Apa yang buat yisuzy happy adalah hari ini hari CUTI… Dengan semangat yang ada dalam diri yisuzy punya family, rumah kami penuh dengan bendera Malaysia

{picture at Sek.17, Shah Alam – photo by yisuzy, model: Sony Ericsson S700i}

August 7, 2007

My face kah??

Time lunch tadi saje-saje la surf intenet… tetibe terjumpe lak web My Heritage ni… so try-try la upload picture… hahahah… Huhu…. ade sama kah???!!!! Korang kalu nak try click saja sini —->>> My Heritage