January 15, 2007

HAPPY NEW YEAR 2007

Salam semua,
Sorilah lame rasenye tak update blog. Hari ni baru lah berkesempatan nak update. Ape2 pun rasenyer lom terlambat lagi nak wish HAPPY NEW YEAR / SELAMAT TAHUN BARU 2007. Umur pun dah makin bertambah. Hopefully, sejahtera semua. Amin…

Di kesempatan ini, aku nak wish HAPPY BIRTHDAY kepada kakak dan adik aku yang baru je menyambut hari kelahiran mereka berdua. Adik aku hari jumaat yang lepas 12 January 2007. Kakak aku pulak hari ahad 14 January 2007. So, nanti tunggu pula time aku ye… 22 January 2007. Time kaseh la pada mak dan abah yang memang pandai menyusun anak-anak mereka. Sekian.

Sayonara Cikgu Sizuka…

sizuka4.JPG

Guru Biologi di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Itulah suratan yang telah tertulis buat Suriani Khalid atau lebih mesra dipanggil Sizuka@Surianto@Sunan. Hari ini bermula episod baru, bermula fasa baru dalam hidupnya. Kini, impiannya semakin hampir. Dia perlu kuatkan semangat untuk meneruskan cita-cita perguruannya. Dimata ku, dia merupakan seorang kakak yang comei, lembut, bersopan santun. Setiap tutur katanya sedap saja pabila menyapu gegendang telingaku. Akhirnya penantian selama setahun di Perdana Leadership Foundation tercapai jua. Hari ini, kini, ketika ini, tatkala ini, saat ini dia telah pun berada di negeri Cik Siti Wan Kembang. Dengan ini kami warga PLF ingin mengucapkan “SELAMAT PAGI CIKGU!!!” buat Sizuka… 😉

December 22, 2006

Diriku seorang BIDAN…

cat.JPG

Ini kucing kesayangan saya. Nama kucing saya ‘miow-miow’. Umur miow-miow sudah menjangkau lebih kurang 6 tahun. Hari ahad yang lalu, miow-miow beranak. Anaknya ada 4 ekor. Kesemua anaknya comel-comel belaka. Ada 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Saya telah menjadi bidan semasa miow-miow melahirkan anak-anaknya. Saya lihat dengan dua bijik mata saya bagaimana miow-miow melahirkan anak kesayangannya. Wow…!! sungguh ngeri dan saya berasa amat kagum dengan kesungguhan miow-miow. Lihatlah anak-anaknya sangat comel dan sedang minum susu ibunya. Semasa saya meng’candid’ picture ini, miow-miow sangat marah kepada saya kerana dia tahu saya akan mempamerkan gambarnya di dalam blog saya. Miow-miow berasa sangat malu. Tetapi selepas saya memujuknya dan atas permintaannya juga saya pun mem’publish’lah kenangan terindah buat miow-miow saya. Buat masa ini saya masih tidak punya idea untuk memberi nama kepada anak-anak miow-miow. Nantilah saya akan cuba cari nama-nama yang terbaik.

Berbalik kepada peristiwa petang ahad yang lalu, miow-miow cube memberitahu saya bahawa dia sedang sakit untuk beranak tetapi saya ingatkan miow-miow lapar jadi saya pun memasak nasi untuk dimakan oleh miow-miow. Saya kata kepadanya, “Nyiow lapar ye… nak makan ye… nanti saya masak nasi dulu ye kerana nasi sudah habis tadi saya yang bedal”. Miow-miow tidak menghiraukan saya dan terus keluar rumah. Pada fikiran saya miow-miow sedang merajuk. Lantas saya berkata, “eemm… merajuk pulak”. Lalu saya pun membasuh beras dan masak. Waktu maghrib pun tiba dan nasi sudah pun masak. Saya pun memanggil-manggil miow-miow untuk bersantap. Apabila saya keluar miow-miow melompat keluar dari dalam besen buruk yang dikhaskan oleh mak saya sebagai wad bersalin buat miow-miow. Saya pun menyuruh miow-miow makan. Akan tetapi saya melihat pada bahagian punggung miow-miow sudah berdarah. Saya mulai panik tetapi tetap cool dan maintain. Dengan gaya cekap saya berlari ke arah besen buruk tersebut dan saya sudah ternampak 1 ekor anak miow-miow yang berwarna oren. “Hah!! Ni abang sulung la ni…” detik hati saya. Dan selepas itu saya pun menunggu anak-anak yang seterusnya. Itulah cherithaku seorang bidan. Sekian. Wasalam.

{picture at Sek.17 Shah Alam – photo by yisuzy, model: nokia 7610}

December 11, 2006

Maswira@Sazzy – Rappers Undangan Da' Lat's

mas4.JPG

salam semua… kembali lagi dengan cerita2 sedih….

kawan-kawan (plf)… ingat lagi kah kamu semua pada gambar ini? gambar yang telah di edit oleh editor plf (dia yg lantik diri sendiri)… aminuddin mat jidin la sape lagi… last week dalam blog [amien: diary seorang lelaki] telah pun menceritakan bakal pemergian seorang lagi staf plf merangkap celebrity plf (Sempurnakan Harimu dan Kunci Khazanah) dan juga selaku ‘Rappers Undangan’ dalam band Da’ Lat’s untuk persatuan KLFC iaitu tidak lain tidak bukan Maswira@Sazzy yang dapat menjawat jawatan hebat iaitu PTD. tahniah la ke atas beliau dan semuga beliau aman d tenang di sana. untuk cerita selanjutnya lawatlah blog amien

buat halim pulak…. tahniah kerana menjadi transcriber dan juga untuk pengetahuan semua halim still lagi bermain basists untuk band Da’ Lat’s…. sekian, terima kasih…. salam.

eemmmm chup chup… ade penambahan lagi…..

buat a.mas su dh buat 1 pantun yg funny-funny… so hope terhibur la ye….

tuai padi antara masak
esok jgn rindu-rinduan
abg mas dapat jawatan yang dia nak
ok la tu atas berkat kesabaran

anak cina memasang lukah
lukah dipasang ditanjung jati
hari selasa dia mula menyusun langkah
hari rabu dah xde kat plf ini

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
abg mas rindu nk lunch tepi tasek mcm dulu2
tapi itu hanya memori sahaja

December 8, 2006

Komik Ku

1-small.jpg

<kalu nak bace sila klik pada picture>

p/s: terima kasih pada MUNMON karena beliau telah membantu saya untuk mempublish ini komik….

November 30, 2006

Shika: Terima Kasih…

salam buat kalian semua… bulan ini merupakan bulan yang penuh dgn kisah2 dramatis. suka dan duka. kisah-kisah yang datang dan pergi. sama jugaklah dengan kawan-kawan saya di PLF ini. Kamalol dan Shika dah nak pegi. hari ini merupakan hari terakhir mereka. lepas ni giliran abg mas pulak (celebrity PLF). ape-ape pun terima kasih la pada Shika (walaupun kenal tak lama tapi kami sume mesra) kerana dia telah memberikan kepada semua kawan-kawanya satu souvenir yang sangat comei dan juga telah belanje kami breakfast nasi lemak. Terima kasih cayang… merci beaucoup!

comei.JPG

sh1.JPG

Kamarul: Tinggal Kenangan…

dsc_0844.JPG

Salam buat semua kawan-kawan ku… Tajuk pada hari ini memang btol2 buat diriku ini terasa sebak… Akhirnya tamatlah zaman kegemilangan Kamarul@Kamalol@Si Arjuna sebagai tuan president KLFC (Kak Lat Fan Club) di Perdana Leadership Foundation atau nama Melayunya Yayasan Kepimpinan Perdana kerana beliau telah terkesima dengan tawaran gaji yang jauh lebih lumayan di sebuah syarikat swasta berbanding dengan di PLF ini sendiri. Beliau juga telah berterus-terang di sidang ‘press conference’ beberapa hari yang lalu bahawa beliau betol2 rase teruja kerana akhirnya beliau mendapat pekerjaan yang mungkin lebih baik sedikit untuk membiayai tanggungan beliau dimasa akan datang. Akhirnya hajat beliau tertunai dan selepas ini cita2nya makin memuncak ingin mengambil lesen. (Saya tidak berapa pasti lesen class mana yang ingin diambil oleh beliau).

Kamalol, tahniah di atas kejayaan anda…. ape2 pun jgn la lupekan kami disini yang masih terkapai2 bertungkus-lumus mencari sesuap nasi (ish ish ish sedihnya….). Kamalol, terima lah puisi yang ku cipta khas untuk dirimu…

Kamalol,
Masihku ingat lagi
Kali pertama ku kenalimu
Sangku…. Kau seorang yang amat serius
Namun…. Tidak sama sekali

Kamalol,
Kau yang ku kenal
Seorang yang funny-funny
Seorang pendengar yang baik bagiku
Seorang insan yang mampu buat ku ketawa tatkala ku sedang bersedih
Seorang insan yang sentiasa mempunyai idea2 humor yang bisa membuat sesiapa sahaja senang bergaul denganmu
Idea kelakamu itu akan ku kenang smpi bila2

Kamalol,
Aku tidak mempunyai ape2 untuk ku hadiahkan untukmu
Hanya aku mampu memberikan ucapan tahniahku [TAHNIAH TUAN PRESIDENT!!]

November 21, 2006

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara…

salam buat semua, harapnya kalian bahagia…

hujan… itulah topik kita pada hari ini… asal nak balik ofis je musti hujan… lebat pulak tu. ditambah pulak dengan angin yang bertiup kencang dan juga halilintar yang boleh membuatkan degup jantung ku berbunyi..dukdapdukdap (agaknye ler…). aarrrggghhh.. klu lambat balik musti jalan jem… ni yang den tak gemor nih… ok la rase2 macam dah reda… gua chow dulu la………………..

November 17, 2006

Convo Ku 2…

ooo3.JPG

convo1.JPG

Salam kembali…….

pejam celik pejam celik akhirnya abis jgk la pengajian ku di UiTM.. teringat balik dulu sikit lagi nak berenti je blaja sbb tak tahan dgn assignment, kawan2, environment, mcm2 la… sekarang berkat kesabaran akhirnya aku telah dapat memegang segulung ijazah BSC. INFO. STUD. (HONS.)(INFO. RES. CENTER MGT) alhamdulillah…. so skrg nih tgh bertungkus lumus smbl kje kat PLF nih sambil cari kje lain yg btol2 menjamin aku smpi tua… rase susah jgk cari kje dlm bidang library ni tp kene try la jgk…

Hari convo hari 2 mmg berbeza dgn convo diploma… diploma dulu yg dtg cume mak dgn abah je… tp kali nih sume family aku datang… mak, abah, a.mamat, k.ros, kak ana, ninie, ayu, aina d aiman ramai kan….. 🙂 bile dh ramai ni byk gelagat la yg paling nakal aiman kejap2 dia ckp……. atuk, aiman nak kencing…. ade lagi…….. atuk, aiman nak makan laksa la….. kejap2….. atuk, aiman nak KFC…. memang dia suke kacau atuk dia (apak aku la 2) kawan2 aku sume panggil dia sin chan sebab perangai sebijik sebijun macam sin chan…. palin dia suke berbogel kat umah…. ish ish ish……. dah melalut aku nih….. em ok la cite balik pasal convo hari 2 memang penat sangat tapi seronok ingat dapat salam mr potato lagi tp rupenya org lain lak dgn Tan Sri Arsyad Ayub pro-canselor UiTM

Bile dh jumpe kawan2 balik banyak la cite yg nk disembang… Ramai jgk la kawan2 yg dah kawin, dah bertunang ish jeles pulak rasenyer… aku nih bile lagi la…..

so… ape2 pun congrate la kat kawan2 yg dh convo ni xkesah la pointer bagus ke x jnji cabaran hidup nih kne hadapi dgn penuh kesabaran ok smile…………… 🙂 emmuuaakkssss…

November 10, 2006

Convo Ku…

Salam buat semua…

Rase mcm sekejap je dah nak konvo degree. Hai.. makin hari makin tua la. Tahun depan dah masuk 24 tahun. Cepatnyer…. Hari ahad ni bersamaan dengan 12hb nov. aku nak convo dah… Baju dah siap, kasut dah beli, jubah dah amik… bak kata orang sume dah settle la. Hopefully convo kali nih tak macam mase convo diploma dulu la… hehehe datang lambat la makeup punyer pasal… so rase xsabar nak tunggu hari ahad… Ish macam nak jadi pengantin pulak… yela mane tak nyer duit dah kuar banyak nih… klu bole sume nak nmpak perfect… ape2 pun aku berdoa moga-moga atas pentas nanti (mase nak salam dengan mr. potato) takde la terjatuh ke tersunggur ke… aduiiiii malu lar… (almaklumlah kasut tumit 3 inci) heheheheh………………… ni sume gambar2 mase convo diploma… next week kiter tgk lak gambar convo mase degree k.. to be continued…….

oit1.JPG

pp1.JPG